Wednesday, March 25, 2015

Happy 1st Anniversary Husband!

22 Mac 2015, genap setahun usia perkahwinan saya dgn husband. Walau setahun dah tapi sempat jumpa dalam masa 6 bulan saje. Nasiblaa kawin dengan abg ashkar kannn...
Tapi its okay selagi my husband still loving me and stay with me forever, walau jarak beribu batu memisahkan, aku tetap setia menunggumu...Perghhh.... :D

Happy love u abang!
Love U more and more!!

Resepi Brownies Coklat Walnut Kegemaran Sy

Hari ni nak share resepi brownies coklat walnut yang sedap kegemaran saya. Dari dua hari lepas lagi tekak ni nak makan brownies, tapi sebab tunggu payday baru boleh shopping groceries.

Mari semua belajar cara dan ape bahan2 yang diperlukan untuk buat brownies ni. Minggu lepas ada order brownies kt Kuantan ni, sedap mmg sedap tp mahal jugakla, untuk saiz 7" harganya rm30. Kalau baking sendiri banyak habis duit pun takpe sebab sendiri boleh asah baking skills kan.
Mari semua.

Ingredients dia saya asingkan yang basah (wet) dan kering (dry)

Bahan2 basah (Wet Ingreds)
1 buku mentega tanpa garam (sy guna brand Anchor)
3/4 cwn gula kastor
1 cwn coklat masakan
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan2 kering (Dry Ingreds)
3/4 cwn tepung serbaguna (sy guna cap Bunga Ros)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1/3 cwn coklat cip
2/3 cwn kacang walnut

Semua bahan2 saya beli di bakers shop supaya senang nak cari, kalau beli di pasaraya ada bahan yang susah nak cari. #tips shopping ingredients


CARA-CARA MEMBUATNYA 

1. Cairkan mentega dalam periuk kecil atas api yang perlahan. Kemudian masukkan gula, diikuti dengan coklat masakan tadi. Pastikan sentiasa kacau sehingga sebati.
2. Biarkan sejuk seketika adunan coklat td kemudian barulah masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan coklat yang telah dicairkan tadi dan kemudian masukkan esen vanila.
3. Sementara menyediakan bahan2 kering pula, panggang kacang walnut sekejap dalam oven untuk rasa lebih rangup.
4. Kemudian masukkan baking powder dan garam ke dlm tepung serbaguna td dan kacau dengan sudu.
5. Apabila kacang walnut sudah sedia, masukkan kedalam adunan coklat td bersama coklat cip. Kacau. Kacang walnut jangan masukkan kesemuanya ke dalam adunan, simpan sikit untuk hiasan #tips brownies cantik
6. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama, agak2 dah bercampur kesemuanya boleh berhenti. #tips buat brownies sedap
7. Bakar ke dalam oven selama 45minit, suhu 165 darjah celcius.
Jangan lupa panaskan oven 15minit sebelum bakar.

Tips untuk brownies naik gebu dan sedap dimakan.
1. Gunakan mentega tanpa garam sebab kandungan garam tidak boleh dimasukkan ke dalam adunan basah..kalau tidak brownies akan bentat.
2. Gunakan bekas yang kering semasa penyediaan.
3. Jangan lupa lapikkan bekas bakar dengan kertas kek atau lapiskan dengan mentega dan tepung untuk mengelakkkan kek melekat pd permukaan bekas.

Sekian. Selamat mencuba!!!


note kat tgh2 tu dah lompong sebab masa masak tu byk kali cucuk ngan garpu nak confirm dah masak ke belum #tips 

Sunday, May 25, 2014

WEDDING GUESTBOOK YANG CANTIK & MENARIK

Sejak belajar cara buat 'quilling', sy berjinak2 buat wedding guestbooks for my bestfren and my cousin.

Teknik Quilling rasanya takde la susah sangat nak buat, just kena be creative dengan corak yang nak dihasilkan.

Ni antara guestbook yang dah siap! Enjoice!!!


ni for my lovely bestfren Dila!!!

and this for my sweet cousin, achiq!!!

satu set guestbook dgn 2btg lovely pens!


yang ni sy punya, masa wedding aritu

set guestbook wedding i

Kalau sesiapa berminat nak buat guestbook yg mcm ni atau yg guna teknik 'quilling', boleh whatsapp @ contact ayu yer 0199722317.

♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥



Sunday, April 20, 2014

Our Akad Nikah, Wedding 22nd Mac 2014

Hari yang sangat bermakna untuk aku, permulaan hari dimana aku bukan lagi hidup seorang, ada lagi seorang yang aku perlu jaga makannya, pakainya, juga hatinya yang paling penting. Dialah suamiku....Mohd Sidek bin Ismail ♥

Perkenalan ku dengannya amatlah singkat, tidak sampai setahun kami mengenali antara satu sama lain, kemudian kami diikatkan sebagai suami dan isteri. Ya, Demi Allah aku sayang dia kerana-Nya.

Kisah pertemuan kami

May 2013, dia 'add friend' aku dalam laman sosial Wechat, aku mengenalinya sebagai kawan biasa, tidak pernah terlintas dihati untuk kenal dengan lebih dekat. Semua kawan2 ku dalam laman sosial ku anggap sebagai kawan biasa. Dalam hati, tak de yang special pun mamat ni.

June 2013, permulaan kami bertemu di kedai tempat ku bekerja. Yup, di Utama Kt...hehe dia datang sebagai pelanggan nak check mata kononnya mata ada problem. Tapi mata ok je, xde problem pun. Mula2 aku tak perasan pun dia, lama2 dia duk sengih2 aku macam cam je mukanya iras2 kwn chat aku. Masih ingat, pada hari tu, aku berpuasa sunat ke ganti eh...dan dia sanggup tunggu aku sampai ptg untuk belanja makan bukak puasa. thats the first time kami keluar bersama. sekejap je, pastu lepas makan, dia hantar kedai balik.

July 2014, Dia datang rumah jumpa mak ayah aku. Masa ni memang aku terkejut sebab dia sangat berani datang rumah jumpa ayah mintak izin ayah nak kawan dengan aku. Ayah dgn mak pun terkejut kot..hehehe

17 October 2013, Keluarga dia datang merisik dan meminang sekali, aku segan giler masa ni....sebab tak prepare langsung nak sarung cincin malu toksah cakap la..haish malu bila terkenang kembali hari pertunangan aku dgn suamiku..huhuhu

Akhirnya, pada 22 Mac 2014 kami diijabkabulkan sebagai suami isteri, aku sangat bersyukur pada Allah mempermudah segala urusan perkahwinan kami, juga aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup baik untuk aku. Aku rindu dia sangat2...

Sayang syg abang seadanya dunia akhirat. ♥♥♥

Saturday, March 1, 2014

Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus


Entri kali ni i nak share resepi puding karamel atau orang tua-tua panggil puding gula hangus. Puding ni memang favourite i dengan tunang i masa bulan puasa. Kalau pegi bazar ramadhan dgn dia, kuih yang paling wajib beli adalah puding ni.
Dia memang suka puding ni, sebab teksturnya yang lembut, manis-manis karamel tu sangat sesuai jadi pencuci mulut. Bak kata orang, memang marveles lah.

Tapi kalau kitorang beli, kadang2 ada jugak yang tekstur puding agak keras, mungkin sebab terlebih telur kot. Sebab tu kalau buat sendiri lagi puas hati, sedap hingga menjilat jari lah. Sebenarnya bahan2 yang diperlukan sikit je dan cara membuatnya pun sangat mudah.

Haritu masa tunang i balik kampung masa arwah pakcik dia meninggal, mak dia ada kirim lauk untuk budak2 rumah sewa i, i decide nak buat puding ni lah untuk balas bekas tupperware mak dia tu. Nak ambik hati mak mertua sekali la kan...hehe
okay, jom kita cekedaut bahan2 dan cara2 nak buat puding ni.

Bahan2 yang diperlukan

♥6 biji telur *pastikan grade A sebab besar dan puding jadi lebih banyak...hehe mesti nak banyak nanti tak cukup.
♥1 tin susu cair
♥1/2 cawan gula *kalau nak manis boleh tambah sikit lg, tapi xleh byk2 tau..xelok utk kesihatan tau..
♥sedikit esen vanilla


Cara2 membuatnya

1. Sediakan loyang saiz sederhana dan taburkan gula untuk dijadikan lapisan bawah karamel. Letakkan loyang diatas api sederhana, dan kacau gula sehingga cair dan kekuningan. Pastikan gula tidak hangit ye... ;)
2. Kemudian, masukkan telur, susu cair, gula, dan sedikit esen vanilla ke dalam blender dan blend sehingga semua sebati.
3. Panaskan air kukusan, bila air kukusan dah mendidih masukkan loyang karamel tadi ke dalam pengukus dan masukkan bahan2 yang diblend tadi ke atas karamel.
4. Tutup pengukus dan biarkan selama 30minit.
5. Kemudian, pastikan puding masak sepenuhnya dengan menggunakan hujung pisau dicucuk ke tengah bahagian puding. Jika terdapat baki puding yang melekat dihujung pisau, bermakna puding belum masak sepenuhnya lagi....
6. Jika tidak ada baki puding yg melekat bermakna puding kita dah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik seketika, kemudian telangkupkan loyang ke dalam pinggan dan masukkan dalam peti ais. puding ni kalau makan sejuk lagi marveles hokayyy!!!

Haritu, I buat puding ni bagi mak mertua i rasa kan, tunang i cakap mak dia puji, cakap sedap sangat pandai cik ayu buat...hehehe kembang kempis hidung tunang i sebab mak dia puji i masak...kikikiki

Almaklum la masa merisik haritu, mak i cakap kat mak dia, i ni tak pandai masak, hehehe takkan nak biarkan mak dia ingat i tak reti masak so i belajar la masak sikit2...hehe
Belum kawin mesti kena blajar okay anak2 dara yang xpernah pegi dapur tu hokayyyy...mesti kena belajar jugak, sebab nanti nak amik hati mak mertua senang..hehehehe


okay sayam2, selamat mencuba ye resipi senang sangat ni!
:D


ni haaaa...puding karamel i


Bahan2 yang diperlukan, telur, susu cair, gula, dan esen vanilla


gula yang dicairkan atas api sederhana @ KARAMEL



HASILNYAAAA.....TADAAAAA...
YUMMEH....MARVELES SANGAT HOKKAYYYY!!!!


Monday, February 10, 2014

Resepi Cekodok Pisang Ayu Original





Today, i nak bagi resepi cekodok pisang yang i reka tapi pasti sangat memuaskan. Sedap sangat. Tau tak kenapa i cakap sedap? Sebab rasanya yang manis2, lembut, dan rasa pisang yang asli.

Okay, resepi ni untuk 3-4 org makan ye, sekali makan je.
Kalau rasa nak buat makan pagi dan petang, boleh buat 2 adunan ye.

Bahan2

  1. Buah pisang dalam 5biji - saiz sederhana 
  2. 250g tepung gandum - pastikan anda guna tepung cap sauh ye, ni petua mak i bagi sebab katanya, kalau guna tepung murah contohnya tepung cap wau nanti tak lembut cekodok kte buat. Katanya lagi, kalau dah beli tepung cap wau ke 1 malaysia ke boleh buat roti canai..jangan membazir. 
  3. Susu pekat manis / krimer. - sesedap rasa
  4. Air masak - ikut hati je nak letak banyak mana, asalkan tak cair sangat ye, pandai2 je.
Cara2
  1. Mula2, korang potong buah pisang tu kecik2, jangan lenyek2 kan buah pisang tu, sebab kalau kita potong kecik2, nanti cekodok kita akan rasa 'chunk' buah pisang tu.
  2. Pastu masukkan tepung ke dalam potongan pisang kita tadi.
  3. Kemudian masukkan susu pekat manis, yang ni suka hati korang tau nak letak banyak mana tapi harus diingat manis makanan tak elok untuk kesihatan ye.
  4. Last skali masukkan air, dan kacau sebati kesemua bahan2 tersebut.
  5. Panaskan kuali, dan goreng ikut citarasa korang, nak buat petak ke, bulat2 ke, segitiga ke, semua boleh.
  6. Dah cukup garing, pastikan nampak kekuningan kehitaman sikit baru boleh angkat dan hidang.
  7. Jemput makan!!!! Komfem korang suka dgn resepi ni sebab cekodok korang lembut dan rasa pisang yang asli!
  8. Selamat Mencuba!!!!

p/s : I gantikan gula dengan susu pekat lagi bagus sebab tekstur cekodok lagi lembut dan manis2 sedap...hehe


Sunday, February 9, 2014

Change my job, change my status, change my life


Feb 2014, cukup 2 tahun 4 bulan saya berkhidmat as an optometrist @ UTAMA OPTOMETRIST.
Banyak perkara yg manis dan pahit sepanjang berbakti sebagai optom dan membantu masyarakat melihat dunia sejelas-jelasnya. yaaa, i've learnt a lot about people, relationship, love, friends, and the most things is the MONEY. 

Yup, money is the most thing that i learnt a lot...how to handle my money wisely. But till today, i'm still do not have permanent saving. Is it bad right? yaa, i earned a lot...my month salary is about 3K, but yet i still failed. 
i do not have many commitments actually, just every months i give money to my parents, sister, car, and credit card payments. that's all. yup, i'm still have to learn more in managing money in a correct way. 

LOVE, also I've learnt a lot...many of my friends got married this month.
By the way, i'm getting married this Mac.
Yes, i admit i love my fiancee very much.
His name is Mohd sidek bin ismail, he is an army, and currently working at
Tapah Perak.

We know each other less than a year, and decided to get married this Mac.
that's what people told about jodoh right?
We're getting engaged during Hari Raya Haji last year, at 17hb Oct 2013.

June 2013, the first time i met him at my working place, he came to get eye check up while actually his eyes is ok, nothing wrong with his vision, army u know, must have 100% perfect vision. 
he know me earlier actually in Wechat apps, and i'm not really interested in that.
but then, i just befriend with him like my other friends.

July 2013, Once again he got his holiday and coming back home. He came to my house met my parents and asking their permission to be friend with me.
Just to be friend with me.
If you a woman, and meet someone who wants to befriend with you and came to your house meet your parents and asking permission from them? what would you feel?
Honestly i feel that i've been very very respected.
he touched my heart that way.

Then he brought me to his home met his mother, very kind mother. I met his mother and seriously i'm shy enough (malu2 kucing)  haha...yup, i really dont know why i'm very shy when meeting his family.
Should be i je yang gedik kot?..hahaha

Time by time, i became close to him, everyday he calls me and we are chit chatting about past time, love, my ex, his ex, and the future.

August 2013, he once again got his holiday because his brother is getting married, and that's when he proposed me to be his wife, and you know what, i said yes!!!! hahaha
And yes, i'm crazy about him. very crazy. haha gilooo...

He told his family and they are planned to come for 'merisik' during hari raya Haji, that's when we're engaged.

I'm very grateful that my family also agreed and made things very simple, they planned my wedding this Mac.
My mother also 'tak banyak songeh' pasal duit hantaran.
I just asking 8K, 6 for belanja kahwin, and 2 for mahar.

Alhamdulillah everything goes very smooth and simple.
Less than 2 months i will become a wife for my husband and i pray to Allah semoga melancarkan segalanya.
My life will be changing after this and InsyaAllah i'm ready to change.

Also, i'm going to resign my job end of this month to move to Perak.
And i'm going to be a Bini Askar...hehehe
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




I ♥ u abg!

♥♥♥♡♡♡♥♥♥

Friday, June 28, 2013

Resepi Kek Marble Pelangi Bakar

Kali ni saya nak kongsi resepi kek marble pelangi bakar yang sy buat semalam. Kek marble nak bakar pun boleh nak kukus pun boleh tapi kalau sy lagi suka yg bakar sbb lebih garing kat bahagian tepi kek. Kat bahagian tu la yang sedap tu.
Sebenarnya kek ni sangat senang nak buat dan juga sedap makan panas2. Bahan2 pun senang je nak cari kat supermarket banyak.

Bahan-bahannya
1 1/2 cwn marjerin
1 1/2 cwn gula kastor
4biji telur Gred A (kalau nak buat kek lebih baik guna Gred A untuk kek yang gebu gitew)
1/2 cwn susu pekat
1 sudu teh esen vanila
3cwn tepung naik sendiri (kalau nak pakai tepung gandum biasa pun boleh tapi kena tambah dengan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan, sebab sy nak senang sy guna tepung naik sendiri je)
sedikit pewarna (merah, kuning, serbuk koko)


Cara-cara
1. Pukul marjerin dan gula kastor sampai gebu. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan marjerin dan gula td
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila ke dalam adunan td.
3. Bila semua bahan2 td sudah sebati, masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga semua bahan2 menjadi sebati.
4. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian, dan masukkan pewarna untuk setiap adunan yg dibahagikan tadi.
5. Masukkan adunan satu demi satu ke dalam loyang. Saiz loyang yg sy guna ialah 9x9. Teknik yg betul me'marble'kan kek ialah dengan cara masukkan adunan pertama diikuti dgn adunan kedua dan seterusnya sehingga habis adunan.
6. Kemudian, masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 30minit dgn suhu 180 darjah celsius.









Tuesday, March 12, 2013

KEK BATIK RESEPIKU

Salah satu kuih feveret i ialah KEK BATIK. Tapi kek batik I memang marvelous la sbb resepi tu i buat sendiri, sebenarnya i amik jugak la resipi kat tenet tapi i ubah ikut selera i. 

kek batik I

Hasilnya, memang marvelous la..nyummy sgt2.
I dah pandai buat kek batik sejak i belajar kat UKM lg, i ni pernah jadi Exco Ekonomi Kelab i masuk, kena buat jualan kalau ada pesta2 makanan. i buat kek batik lah sbb senang dan sedap. 

Lepas je abis blaja, i dah malas nak buat. First time i buat lepas abis blaja ni, kek batik i macam lori susu F&N terbalik; manis giler ah..hehe

okay jom tengok resepi kek batik i.

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 buttercup/ 2 sudu besar marjerin
  • 300g chocolate masakan/ semangkuk sederhana serbuk MILO #i suka guna MILO sebab rasanya memang i suka; kalau guna MILO kena kacau dulu dgn air sebelum masukkan dalam butter nnt.
  • 1/3 tin susu pekat # i guna Marigold sbb susu dia paling murah kat supermarket...hehe
  • 1 bungkus Biskut Marie # i suka beli Munchy's sbb biskut dia rangup, apa2 brand pun boleh.
  • sedikit kacang tanah hancur.
CARA-CARA:
  • Cairkan butter dalam kuali.
  • Kemudian masukkan Milo yang dicairkan dengan sedikit air (sedikit je air tau). Kalau korang guna coklat masakan, korang kena cairkan coklat guna kaedah double boil. Sebab tu i suka guna Milo sebab senang dan sedap...hehe
  • Masukkan susu pekat, jgn terlebih letak tau nnt manis sangat xsedap pulak.
  • Lepas dah mendidih, masukkan kacang tanah hancur dan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan ke dalam kuali.

biskut marie yg dipatah-patahkan dan kacang tanah yang diblend

  • Kemudian, gaulkan biskut dengan bancuhan Milo tadi dengan sebati. Tutup api dapur dan tuang ke dalam bekas acuan.

  • I lapik bekas acuan dengan aluminium foil nanti senang nak potong, ia tak melekat pada bekas. Pastu mampatkan biskut2 td dengan menggunakan senduk dalam bekas acuan. Jangan lupa taburkan kacang hancur td kat bahagian atas kek tadi, tambah kacang lagi sedap sebab rasa kek lagi crunchy...nyummy!

haaa...macam ni la

  • Biarkan kek batik yang dah siap tu dalam peti ais selama 4jam pastu baru boleh potong. 


  • dah siap! Nyummy sangat kek batik ni, sbb lepas i buat sekali, i buat lagi banyak kali. Hehe



tadaaaa....sedap2

SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday, February 13, 2013

Bila kau diam

bila kau diam
aku akan pikir bukan2 tentangmu
bila kau diam
aku akan menanya sibukkah kau dgn kerja
bila kau diam
ku akan menganggap aku sudah tidak penting lagi buatmu
bila kau diam
ku akan merasa aku yang bertepuk sebelah tangan
bila kau diam
ku akan memujuk hati sendiri
jika ini berlarutan
aku akan putus asa
kecewa dengan insan bernama lelaki.

Himpunan Puisi

♥Bercinta
Pinanglah aku sekarang, kita kawin.
Selepasnya, aku mau bercinta sampai mati
♥Tak sampai
Cinta tak kesampaian, adakah itu cinta?
Cuba tanya diri sendiri
♥Hati
Kekuatan hati terletak pada tahap kebergantungan kita kepada Allah, Tuhan Yang Satu
Walau apa badai sekalipun kita tetap teguh
Jika hati hanya pada Dia
♥Jangan
Jangan ajak aku bercinta
Tolong ajak pada jalan halal
Itu yang aku cari
♥Retak beribu
Kenapa kenapa kenapa
tunggu dan terus menunggu
Tak kunjung tiba
Sampai bila?
semakin lama semakin rapuh
semakin lama semakin tawar
retak beribu hati lagi sesaat pecah berderai
ibarat deraian airmata gugur dipipi
terhiris dan lukalah hati
14 Feb 2013

Monday, January 14, 2013

Puisi untukmu sayang

puisiku puisimu
cintaku cintamu
bersatu menjadi satu.

satu hati satu jiwa
kau dan aku akan bahagia
mengharungi alam rumahtangga.

kekasihku
kaulah yang satu
menjadi pelindung diriku.

untukmu ku tujukan
puisi indah buat kenangan
selamanya dalam ingatan.



♡areyou
Kuala Terengganu 6.10pm

Thursday, January 3, 2013

Baked Pasta resepiku

Nak kongsi satu resepi favourite food I, Baked Pasta.
Resepi ni I amik dari dayangjack.blogspot.com tapi I ubah sikit mengikut cita deria rasa I.
First time buat aritu, i buat la sikit eksperimen and target I adalah anak2 buah I. Sbb diorang memang suka makan western food.
Okay, let's do it.


Bahan-bahan:
●2 cawan Pasta; spageti/ macaroni/ spirals *I guna spiral and spageti aritu sbb i suka. (direbusnya sampai betul2 masak)
Tips: mak I bagitau kalau rebus spageti nak tau dah masak ke belum try amik sikit pastu baling ke dinding, kalau ia melekat kat dinding it means ia dah betul2 masak. Mula2 i tak percaya tapi yup memang betul. U all try la its working.
●150g minced beef/ chicken, I lagi suka beef and from Ramly sbb beef nya tak hancur sgt. so so je. :)
●2 ulas bawang putih *dicincang
●1 labu bawang besar *dipotong kecil
●1 tin kecil tomato puree *yang ni i suka Ayam Brand sbb rasa puree tak masam sgt. so so jugak. :)
●sedikit sos tomato and sos cili
●1 sudu besar planta


Untuk sos putih:
●2 cawan susu segar *Dutch lady pun ok.
●1 sudu besar planta
●sedikit lada sulah
●2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
●1 slice cheesedale
●sedikit garam dan gula


Cara-cara:
1. Cairkan planta, tumis bawang besar + putih sampai naik bau.
2. Masukkan minced beef/ daging cincang. Kacau smpai airnya kering.
3. Masukkan tomato puree. Gaul sebati.
4. Tambah sos cili + tomato ( jgn terlebih sos tomato sbb nnt rasanya masam)
5. Satukan kuah tadi dgn pasta. Gaul hingga rata.

Sos putih;
1. Cairkan planta, masukkan cheesedale, kacau hingga cair.
2. Tuang susu segar, masak hingga mendidih.
3. Masukkan lada sulah + garam + gula.
4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat. *Korang jgn lupa tau sebelum masukkan tepung, bancuh dulu tepung dgn air. Nanti jika tersilap masukkan tepung terus ke dalam sos td, tepung akan jadi berketul-ketul. Tak sedap.
5. Tutup api apabila sos dah pekat.

Letakkan pasta tadi dalam bekas tahan panas, tuang sos putih atas pasta tadi kemudian taburkan keju parut/ cheesedale yg di carik2kan. Bakar selama 10minit.
Done!

Selamat mencuba!
I punya eksperimen sangat berjaya sebab seminggu kemudian anak buah I mintak lagi I buat pasta ni. Sangat sedap.


spageti yang dah siap digaul dengan sos 

cheesedale dicarik2kan tabur atas sos putih tadi

masuk dalam oven, bakar sekejap je dlm 15minit

okay! dah siap my baked pasta...nyummy!

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Salam dan Selamat Tahun Baru 2013

Yup, dah masuk tahun baru dah kita. 2013.
Ramai yang mesti tahun baru perlukan azam yang baru right?
yes opkos la mesti ada azam baru kan.
so, my wishes for 2013 are:

1. Jaga solat 5 waktu dan banyakkan baca Al-quran.
2. Kerja; nak kerja government hospital....i hope...i hope...i hope..
             ; nak kumpul duit untuk kawen.
3. Losing my weight to 55kg...now i'm 67kg..oh my!!!!! 0^0
4. Love; i want to find my true love this year. Jika dia adalah yang terbaik untukku, Kau dekatkanlah hati kami Ya Allah. Ameen....
5. Family; i want to give my best to my parents.

p/s, sejak-sejak kena transfer ke Kuala Terengganu ni, seriously i miss my besfrens especially cik husna, cik dila di JB dan cik diana.
saranghaeyo!

Monday, April 23, 2012

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA TURUN TEMURUN

NASI TOMATO

BAHAN-BAHANNYA:
  • bawang putih + bawang merah + halia = di blend 
  • marjerin
  • 4 adik-beradik ( bunga lawang, cengkih, biji limau, dan kulit kayu manis) 
  • PALING PENTING : SOS TOMATO
  • tomato puree (SGT SEDAP KALAU ADA, KALAU X ADA PUN TAKPE)
  • susu cair/susu sejat
  • garam
  • air
  • buah tomato ( dipotong dadu)
  • beras pun penting jugak...heee
CARA-CARANYA:
  • tumiskan bwg putih + bwg merah + halia + 4 adik-beradik menggunakan marjerin tau, jgn guna minyak. kalau korang guna PLANTA lagi best.
  • kemudian, tambah SOS TOMATO ke dalam tumis tadi.
  • masukkan air sekali, jgn lupa sukatan air mesti sama dengan sukatan beras yang korang nak masak tau, contohnya, kalau korang nak buat 4 cawan beras, so, air pun mesti 4 cawan yang sama jugak ye. Ah! kecuali kalau korang pakai beras SIAM, korang kena tambah air lagi satu cawan sebab beras jenis nih keras sedikit.
  • lepas tu, campurkan tomato puree, susu cair, buah tomato yg dipotong dadu, dan sedikit garam. sukatan susu cair sedikit saje, hanya untuk rasa sedikit lemak2 je.
  • bila dah menggelegak, korang campurkan la beras tu sekali. pastu masak nasi macam biasa.
  • biasanya kalau saya masak, saya akan transferkan periuk ke rice cooker sebab tak berapa nak mahir masak nasi atas dapur...heeee.....
UNTUK KUAHNYE PULA, BIASANYA YANG SESUAI DENGAN NASI TOMATO ADALAH AYAM MASAK MERAH.

*RESIPI AYAM MASAK MERAH MAK SAYA BELUM BAGI LAGI, TUNGGU UTK NEXT POST YE...SELAMAT MENCUBA!!!!


AYAM MASAK MERAH

RESIPI MAK SAYA TART TELUR + NASI TOMATO



INILAH TART TELUR MAK SAYA


hari ini saya nak berkongsi resipi turun temurun mak saya tart telur dengan nasi tomato. urm..apa kaitan nasi tomato dgn tart telur? saya pun tak tahu. cuma hanya kebetulan hari ni mak saya berkongsi resipi nasi tomato ngan tart telur dia. tart telur mak saya adalah tart yang paling sedap sekali, that is my favourite. urm nasi tomato pulak, sebenarnya cik dila, my besties yang nak resipi tu sebab dia balik kampung and nak masak kat family dia lah. 

RESIPI TART TELUR MAK SAYA YANG SAYA SUKA
 BAHAN- BAHANNYA : 


1. KULIT TART
  • 1 1/2 cawan planta
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila 
2. ISI TART
  • 1 1/2 gelas air + 2 senduk gula = masak sampai jadi air gula
  • 2 biji telur + 1/2 gelas susu cair/sejat = kacau
  • air gula ( disejukkan) + bancuhan (telur + susu) = tapis kesemua sekali.
CARA-CARANYA: 
  • untuk kulit tart gaulkan dan uli doh sehingga sebati.
  • kemudian isikan doh yang dah sebati tu ke dalam acuan tart.
  • selepas semua acuan disiapkan, jangan lupa isikan bancuhan isi tart tadi ke dlm setiap acuan.
  • dan bakar. 
  • senang kan? tapi bagi saya kalau buat tart telur ni, yang renyuh adalah tyme nak buat kulit tart td..nak penyet2 dalam acuan, bab tu memang agak lama sikit.
  • kalau anda taknak bosan, sila buat kulit tart sambil tengok SUPER SPONTAN, memang tak akan bosan. hehe

OK, DAH JADI, SELAMAT MENCUBA YE KORANG!!!

Thursday, December 29, 2011

2011 bakal melabuhkan tirai~

30 Dec 2011, bermaksud 2011 dah nak melabuhkan tirainya...
2011 adalah tahun yang banyak kenangan manis utk diri i.
 My List kenangan manis pada tahun 2011:
  • Jan - April : Mengharungi saat-saat kesibukan sebagai student tahun akhir UKM....busy siapkan tesis, busy cari patient utk klinik, busy buat report byk2, VIVA, final exam..semua itu saya harungi dengan penuh semangat walaupun kadang-kadang rasa macam nak give up. Alhamdullillah
very2 gigih untuk klinik~ 

my bitch, ops my batch~ really missed them all
  • May - Kakak tersayang belikan sebuah kereta comel untuk saya, i really appreciated it. Alhamdulillah. I really love my Perodua Kancil, WGQ 6855. Nampak je kecik comel, tapi memang laju..hihi
NAMA DIA: KECIK COMEL LAJU
  • 29 May - Berpindah ke rumah baru setelah 4 tahun di K4, rumah sewa baru saya di Pangsapuri Subang Impian, Subang 2. Staying with all my BFF, diana dila, enab, hani, & along diana.
  • 1 Jun - Bermula kehidupan seorang optometris muda junior di UTAMA OPTOMETRIST together with my BFF, starting to work for the first time after 4 years studying, such a valuable experience i ever had. Alhamdulillah.

  • 28 Jun - This is the best thing ever! i have my first salary! hehe...Alhamdulillah.

  • 9 Julai - My first time flying alone, although only flying to Kuala Terengganu, but i felt that it is one of the things that i'm doing independently. Very nice! (kena kerja kat outlet KT, tu yang kene pegi sorang tu).


  • 26 Sept - My Convocation Day! after 4 years struggling in UKM studying Optometry, finally i got my bills fully paid. yeah, for the first time the day for all my family and my BFF family unites. 

2011 is the sweetest year for me, and to step into a new year, we must have a new wish to achieve right? same goes to me, hehe

want to know what is my 2012's wish?
my top wish is to lose weight...seriously!
second, i nak cari jodoh....joking!

continued to next episode>>>>>>