Sunday, April 20, 2014

Our Akad Nikah, Wedding 22nd Mac 2014

Hari yang sangat bermakna untuk aku, permulaan hari dimana aku bukan lagi hidup seorang, ada lagi seorang yang aku perlu jaga makannya, pakainya, juga hatinya yang paling penting. Dialah suamiku....Mohd Sidek bin Ismail ♥

Perkenalan ku dengannya amatlah singkat, tidak sampai setahun kami mengenali antara satu sama lain, kemudian kami diikatkan sebagai suami dan isteri. Ya, Demi Allah aku sayang dia kerana-Nya.

Kisah pertemuan kami

May 2013, dia 'add friend' aku dalam laman sosial Wechat, aku mengenalinya sebagai kawan biasa, tidak pernah terlintas dihati untuk kenal dengan lebih dekat. Semua kawan2 ku dalam laman sosial ku anggap sebagai kawan biasa. Dalam hati, tak de yang special pun mamat ni.

June 2013, permulaan kami bertemu di kedai tempat ku bekerja. Yup, di Utama Kt...hehe dia datang sebagai pelanggan nak check mata kononnya mata ada problem. Tapi mata ok je, xde problem pun. Mula2 aku tak perasan pun dia, lama2 dia duk sengih2 aku macam cam je mukanya iras2 kwn chat aku. Masih ingat, pada hari tu, aku berpuasa sunat ke ganti eh...dan dia sanggup tunggu aku sampai ptg untuk belanja makan bukak puasa. thats the first time kami keluar bersama. sekejap je, pastu lepas makan, dia hantar kedai balik.

July 2014, Dia datang rumah jumpa mak ayah aku. Masa ni memang aku terkejut sebab dia sangat berani datang rumah jumpa ayah mintak izin ayah nak kawan dengan aku. Ayah dgn mak pun terkejut kot..hehehe

17 October 2013, Keluarga dia datang merisik dan meminang sekali, aku segan giler masa ni....sebab tak prepare langsung nak sarung cincin malu toksah cakap la..haish malu bila terkenang kembali hari pertunangan aku dgn suamiku..huhuhu

Akhirnya, pada 22 Mac 2014 kami diijabkabulkan sebagai suami isteri, aku sangat bersyukur pada Allah mempermudah segala urusan perkahwinan kami, juga aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup baik untuk aku. Aku rindu dia sangat2...

Sayang syg abang seadanya dunia akhirat. ♥♥♥

No comments:

Post a Comment