NASI TOMATO
BAHAN-BAHANNYA:
- bawang putih + bawang merah + halia = di blend
- marjerin
- 4 adik-beradik ( bunga lawang, cengkih, biji limau, dan kulit kayu manis)
- PALING PENTING : SOS TOMATO
- tomato puree (SGT SEDAP KALAU ADA, KALAU X ADA PUN TAKPE)
- susu cair/susu sejat
- garam
- air
- buah tomato ( dipotong dadu)
- beras pun penting jugak...heee
CARA-CARANYA:
- tumiskan bwg putih + bwg merah + halia + 4 adik-beradik menggunakan marjerin tau, jgn guna minyak. kalau korang guna PLANTA lagi best.
- kemudian, tambah SOS TOMATO ke dalam tumis tadi.
- masukkan air sekali, jgn lupa sukatan air mesti sama dengan sukatan beras yang korang nak masak tau, contohnya, kalau korang nak buat 4 cawan beras, so, air pun mesti 4 cawan yang sama jugak ye. Ah! kecuali kalau korang pakai beras SIAM, korang kena tambah air lagi satu cawan sebab beras jenis nih keras sedikit.
- lepas tu, campurkan tomato puree, susu cair, buah tomato yg dipotong dadu, dan sedikit garam. sukatan susu cair sedikit saje, hanya untuk rasa sedikit lemak2 je.
- bila dah menggelegak, korang campurkan la beras tu sekali. pastu masak nasi macam biasa.
- biasanya kalau saya masak, saya akan transferkan periuk ke rice cooker sebab tak berapa nak mahir masak nasi atas dapur...heeee.....
UNTUK KUAHNYE PULA, BIASANYA YANG SESUAI DENGAN NASI TOMATO ADALAH AYAM MASAK MERAH.
*RESIPI AYAM MASAK MERAH MAK SAYA BELUM BAGI LAGI, TUNGGU UTK NEXT POST YE...SELAMAT MENCUBA!!!!
AYAM MASAK MERAH
No comments:
Post a Comment