Monday, April 23, 2012

RESIPI MAK SAYA TART TELUR + NASI TOMATO



INILAH TART TELUR MAK SAYA


hari ini saya nak berkongsi resipi turun temurun mak saya tart telur dengan nasi tomato. urm..apa kaitan nasi tomato dgn tart telur? saya pun tak tahu. cuma hanya kebetulan hari ni mak saya berkongsi resipi nasi tomato ngan tart telur dia. tart telur mak saya adalah tart yang paling sedap sekali, that is my favourite. urm nasi tomato pulak, sebenarnya cik dila, my besties yang nak resipi tu sebab dia balik kampung and nak masak kat family dia lah. 

RESIPI TART TELUR MAK SAYA YANG SAYA SUKA
 BAHAN- BAHANNYA : 


1. KULIT TART
  • 1 1/2 cawan planta
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila 
2. ISI TART
  • 1 1/2 gelas air + 2 senduk gula = masak sampai jadi air gula
  • 2 biji telur + 1/2 gelas susu cair/sejat = kacau
  • air gula ( disejukkan) + bancuhan (telur + susu) = tapis kesemua sekali.
CARA-CARANYA: 
  • untuk kulit tart gaulkan dan uli doh sehingga sebati.
  • kemudian isikan doh yang dah sebati tu ke dalam acuan tart.
  • selepas semua acuan disiapkan, jangan lupa isikan bancuhan isi tart tadi ke dlm setiap acuan.
  • dan bakar. 
  • senang kan? tapi bagi saya kalau buat tart telur ni, yang renyuh adalah tyme nak buat kulit tart td..nak penyet2 dalam acuan, bab tu memang agak lama sikit.
  • kalau anda taknak bosan, sila buat kulit tart sambil tengok SUPER SPONTAN, memang tak akan bosan. hehe

OK, DAH JADI, SELAMAT MENCUBA YE KORANG!!!

2 comments:

  1. filling tart ni bakar sekali bakar kulit tart ke? suhu berapa ek?

    ReplyDelete
  2. @puteri iqa izyan, yup, bakar sekaligus dgn kulit tart, suhu mcm biasa bakar biskut dlm 180 drjh celcius.

    ReplyDelete