Sunday, August 1, 2010

sebab dah lama tak upload gambar~

NI SEMUA GAMBAR SEMASA VARILUX ACADEMY ASIA PASIFIC
were held at Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur, 24 & 31 July 2010

macam biasa la, 5 sekawan (my besties!!)

ok, secret admire pon ada...hehe

my sweetest purple friends!

'saya suke amik gambar' said diana

sekarang dah habis, mau pulang sudah

ouch, my SA dengan chun hui and MR CHUBBY ALEX

DILA's group |PINK|

ayu, husna, & ada 's group

kami berLIMA

kami LAGI

kami yang GIGAM

not KAMI, chia ling, juoh sze, & angelina jolie...hehe

~we are together as ONE~

ok, dah habis gambar. oops!!!
nothing to say wif this photo...hehe

sekian sahaja, VAAP are the best!!!
tq so much to MR DANIEL, MR ALEX, MR ERIC & TERESA GOH

feetnote: gambar last diambil semasa lunch di cafe Grand Seasons. 
hehe, very cute of you la diana!!

Wednesday, July 28, 2010

saya sudah dapat pengganti~

'saya sudah dapat pengganti' memberi definisi di sini bahawa saya sudah dpt pengganti laptop saya yg telah hilang pada tahun lepas...alhamdulillah saya dah dapat laptop baru!!!! Compaq Presario CQ42~
hari jumaat lepas, kak nor yang keje ngan mak saya datang KL bawak my new laptop bg saya. terima kasih kak nor~
ayah juga, terima kasih jugak sebab sanggup beli laptop kali kedua kat saya, saya tahu saya banyak buat ayah susah, asyik minta duit je dekat ayah, huhu saya rasa sayalah anak ayah yang paling banyak menyusahkan ayah, saya minta maaf ayah (tetiba emosional pulak) hehe.
dan juga, thank to my sister also because she bought me a broadband and every month dia yang bayarkan untuk saya, kakak, nanti ayu dah kerja, ayu akan sambung bayar broadband tu eyh~ i luv u all yang dah memberi sepenuh sokongan dan bantuan especially bantuan kewangan dalam kehidupan saya sebagai mahasiswa akhir Optometri UKM. 
mak saya pun, segala advice yang diberikan akan anakmu ingat selamanya..hehe (mak selalu nasihat supaya belajar elok-elok, jangan buat perkara yang mencemarkan nama buruk keluarga, tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik saya) hehe beremosi pulak malam ni...actually, saya sedang rindu my family sekarang, kejap lagi nak call mak la...hehe


i love my family as much as mountain

okey, mulai dari hari ini, saya akan berusaha menggunakan bahasa Malaysia dengan betul kerana untuk projek penyelidikan saya dan segala jenis tugasan tahun akhir ini perlu disiapkan dalam bahasa Malaysia. dan itu, saya mengalami banyak masalah dalam menterjemahkan term-term yang teknikal daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. oooo sangat susah looo...

mesti korang ingat bahasa Malaysia senang kan? sebenarnya teramatlah susah kerana memerlukan penterjemahan yang betul daripada BI ke BM...memang susah...cuba try la kalau nak tau...lagi-lagi terms scientific contohnya early onset presbyopia and late onset presbyopia, kalau dalam BM ape ye translation de? huhu pening jugak kepala tu.

please lah, belajar lah Bahasa Melayu dengan baik ye AYU!!

futnot: saya gembira hari ini saya first time dapat A buat PCC even tough A-, but saya sangat gembira...yehhhaa
and also, saya dapat buat 2 orang patient dalam masa yang ditetapkan, xde lah lambat sangat, cume yang 2nd patient je yang susah sikit, but its okay~ tq to my supervisor today, Pn Norhalijah~ hari ini saya banyak berterima kasih dekat banyak orang, good AYU!! maintain it okay!

Thursday, July 22, 2010

layannnn~

try layan lagu ni..agak best~
TUNJUKKAN AKU - BONECA

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis
Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?
Oh…
*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan aku
Tunjukkan aku
Chorus:
Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu
(Repeat *)
(Repeat chorus 2x)
Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Tuhan, tunjukkan aku
P/S: ak pun tak menahu....

Wednesday, July 14, 2010

~saya dah tua~

title kali ni takde kena mengena dengan my bestday tapi sebenarnya berkenaan dengan sy telah jadi final yr optometry student. yeay! memang sangat best jadi final yr sbb dah jadi senior paling senior tapi schedule amatlah packed..huhu memang sangat padat. memang sangat banyak kerja. buat proposal thesis, buat assignments, dengan nak study PCC lagi..huhu

Hari ni adalah hari pertama sy menjalani PCC (primary care clinic). huhu amatlah mencabar, first2 patient pun dah dpt grade E, maknanya failed. sebabnya, sy salah buat ret dengan subjektif refraction, mesti korang xpaham kan? urm, abaikan. think positive! okeh, sy xkisah pon dapat E sbb biasalah dah mula2 masuk klinik, mestilah ada yang teruk sikit. takpe, nextyme kena tingkatkan lagi usaha bak kata my supervisor, En Jun...

tak best la cite pasal bad news ni...sekarang nak cite pulak pasal adik2 'senior' opto yang baru je jadi senior tapi dah budget senior sgt kan. huhu panass!! haha malas nak cite, x best!

okeh, kita cite yang best2 je la eyh, jom cite pasal masa cuti musim panas kali nih..hehe
this summer holiday sy telah menjalani LI (latihan industri) selama 2 minggu di Hospital Batu Pahat dan 2 minggu di Menara Optometry Taman Sri Andalas. kedua-dua tempat amatlah best! masa di hospital macam biasalah sy stay kat umah kawan baik sy, dila selama berlatihan industri di sana. tapi, family dila memang amat berlainan dengan family sy. kesemua adik-adiknya sangatlah pemalu dan serius je kejenya ehehe...ayah dila pon senyap je, mak dia baik sangat dan amatlah peramah. sy pon perasan tetiba je sy jadi sangatlah pemalu semasa di rumah dila...ehehe..
masa LI kat Jabatan Oftalmologis kat HBP tu, ada 3 org pegawai optometris yang sangat baik dan tidak lokek ilmu dan sangat disenangi, kak yanny, kak dila, dan kak fiza..comel2 je dorang. banyak sangat belajar ngan diorang.

kat Menara Andalas pulak, best jugak. mula2 tu rasa macam tak berapa best, tapi bila dah keje kat situ lama2 best je. kak su adalah optom kat situ, ada staff lain2, kak elmy yang suka cite pasal hafiz dan aweksnya, hafiz yang suka gelak je memanjang, kak jue yang serius dan kak laili yang baikhati. dekat kedai specs ni, memang bosan sebab tak ramai sangat customer yang datang everyday, tapi boleh la. nak belajar punya pasal...ehehe. masa LI kat sinilah, boleh pulak terjumpa dengan secret admire masa kat matrik dulu...ehehe masa tu, kat kedai makan HAKIM, kat seksyen 7. kalau tak silap, nama de wan hafiz kot...hehe

urm, lepas habis LI kat Menara Andalas, apalagi...pulang ke rumah la hehe....sukeee..
kat rumah sibuk je layan semua cite indon2 hehe. yang paling best cite Benci Bilang Cinta la, selain tu, Cahaya, n Dunia Belum Kiamat...haha...syiok kot layan cite Indon je sume.

okeylah, sekarang dah habis cuti, dah masuk sem baru dan banyak sangat keje yang perlu disiapkan ASAP.
kehidupan sebagai seorang mahasiswa tahun akhir telah bermula...ehehe
Lets GO!!!

Thursday, April 1, 2010

hari yang takde mood~


entah kenapa hari ini saya memang takde mood. mood mana...mana...mana...huhu tak jumpa.
kepala memang tengah sangat-sangat berserabut dah macam longkang pecah. kerja yang berlambak-lambak tak siap-siap lagi. ditambah lagi dengan masalah hidup yang bertimpa-timpa atas bahu empat kerat aku nih.huhu
merungut je kerja.

masalah pertama, REPORT CLINIC BV TAK START-START BUAT LAGI, NEXT WEEK KENA HANTAR...pendrive takde sekarang sebab tu boleh update blog...yeay!

masalah kedua, MASALAH LAST MINUTE PERTUKARAN TEMPAT POSTING DARI MENARA OPTOMETRY PLAZA ALAM SENTRAL KE TAMAN SRI ANDALAS KLANG..dahlah aku tak tau kat mana tempat tu, kena sorang-sorang pulak tu. urm. mr Azim cakap semalam tempat tu sebelah je dengan tempat dia posting dulu dan dia cakap kat situ kaum India adalah yang terbanyak. huhu...saya takkoooootttt..

masalah ketiga, RASA KECIK HATI KAT MEMBER SENDIRI...kenapa nak kena rasa kecik hati?? hati aku ni dah memang kecik pon..hehe..urm..sape boleh suggest camana nak buang rasa kecik ati yang tak sepatutnya ni dari ati aku? teruk la kalau setiap kali macam ni.

masalah keempat, KEKURANGAN KASIH SAYANG...yang ni memang kronik sebab aku dah tak balik rumah dah lebih sebulan. mesti korang akan cakap, "ala, baru sebulan...lepak la"...tapi memang aku tak boleh lepak-lepak bila aku omsick. walaupun nama je budak asrama selama 6,7 tahun, tapi kalau bab balik rumah memang tak boleh miss...mak...saya rindu mak...huhu..(kronik nih)..tgh berfikir...bila saya boleh balik rumah??? minggu ni tak boleh sebab ada dinner opto...minggu depan tak boleh jugak sebab dah start study week, nak kena study..kalau balik rumah, alamatnya tak study la. lepas minggu depan dah start exam...exam pulak kena hari yang berturut-turut pulak...alahai...mak...saya rindu mak...saya rindu azim debokkk...walaupun mak cakap mak takkan rindu saya, tapi saya tetap rindu dekat mak...
lepas exam, terus kena pergi posting kat hospital batu pahat, stay kat umah dila...mesti jumpa mak dila...bukan mak saya...huhuhu~ takpe2 ayu, be strong okay, tak boleh jumpa mak ayu, jumpa mak dila pun jadilah...hehe
alamatnya lepas posting dekat batu pahat barulah saya boleh balik rumah saya...saya sayang rumah.
kenapa saya suka rumah saya?
kenapa saya suka rumah saya?
sebab saya sayang family saya.

and the last masalah iaitu masalah yang paling besar sekali...SAYA RISAU NAK EXAM FINAL
dahlah semester nih saya banyak tido je kat dalam class, urut-urut tangan tak menjadi..cubit-cubit lengan pun tak menjadi..kena buat statement baru menjadi..haha..takkan hari-hari nak bergosip..lecture ke mana...lecturer pun ke mana entah.
urm..ada masa seminggu untuk study tapi saya telah merasa kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. masa study week nanti, kerja setiausaha untuk menyiapkan laporan post mortem makan malam Optometri akan mengacau saya untuk STUDY!!!!...huhu...sapa suruh jadi SU program...eyh...ayu jangan merungut okay~ u can do it la..it is just a small matter...sehari pun boleh siap report tu..then lain-lain hari boleh study okay! (ayat pleasure je, walaupun tahu mesti lambat boleh siap lagi-lagi kalau orang tak bagi kerjasama) ohoho.


p/s kenapa kalau kita dah permanently offline kat someone dalam ym, he still boleh nampak kita online dan siap boleh baca status kita lagi...saya tak faham...kenapa saya tak boleh delete orang dalam ym sayaaaaaaaa....(geram betoooollll).

Monday, March 22, 2010

jom berdiet yang sihat~

this is the guide for the people yang rasa nak berdiet. sebenarnya diet ni adalah diet yang dikeluarkan oleh satu syarikat pengurusan badan yang terkenal ( tak boleh cakap nama sebenar). so, jom berdiet~

untuk sarapan pagi @breakfast (0800-0930am), pada masa ini metabolic rate rendah. so, kita tak boleh ambil makanan yang berkalori tinggi. makanan yang sesuai adalah:

wholemeal bread + fruit jem/ tuna/ omelete/ tomato

(no peanut butter/ marjerin/ mayonnaise/ cheese)

OR

oat (3 in 1 nestum)/ low fat milk + cornflake/ wholemeal biscuit

OR

2X half boiled eggs/ boiled eggs

OR

fruits (dragonfruit/ kiwi/ grapefruit/ apple/ guava)
avoid intake of sweet fruits (mango/ durian/ banana/ lychee)

untuk lunch iaitu makan tengahari, masa yang paling sesuai adalah 1230-130pm. Pada masa ini, metabolic rate tinggi, so perlu ambil makanan yang berkarbohidrat tinggi untuk membekalkan tenaga yang cukup kepada badan kita. meals yang terbaik adalah seperti berikut:

1/2 bowl white/ brown rice + 2 vege + 1 protein (fish, chicken breast without animal skin, lean meat, taufu, egg)

OR

noodles > mee hoon soup/ soh hoon soup/ mee sua/ spaghetti no cheese
NO> yellow mee/ kueh teow/ yee mee/ instant noodle

OR

yong tau fu (5-7 pieces only)/ sandwiches/ porridge

untuk makan malam @dinner, waktu yang amat sesuai adalah sebelum 0830pm. kadar metabolisma badan adalah rendah, so kita tak boleh ambil makanan berat.

vege + 1 protein (lean meat/ fish/ egg/ taufu)

OR

vege + fruits

OR

fruits + yogurt

avoid > rice, noodles, bread, biscuits

untuk mendapat badan yang sihat dan langsing, snack anda adalah fruits or yogurt sahaja.
no food taken 2-4 hours before sleep
and avoid (oily, santan, fried, salty food, and cold, carbonated drinks

selamat berdiet~ disiplinkan diri anda!  
yosshhhaaa...

Saturday, March 13, 2010

PERSOALAN SEORANG YANG BERNAMA MANUSIA~

Sebenarnya saya hanya terbaca artikel ini dari sebuah notes from facebook. Dan ini membuatkan saya sedar sebagai seorang manusia biasa, persoalan ini adalah yang selalu bermain-main di kepala apabila di uji dengan dugaan Allah yang Maha Hebat. Apakah yang patut kita lakukan apabila diuji sedemikian rupa? Persoalan yang sering berlegar-legar didalam otak kita. Cuba baca dan hayati setiap bait-bait perkataan.


Moga Allah memberi ketenangan dan kemudahan kepada kamu dalam menghadapi segala dugaanNya.


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Surah al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Surah al-baqarah : 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah SWT tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah al-baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-imran-139)

"Sekiranya Allah SWT menguji kita ini bermakna Allah SWT sayangkan kita. Dia mahukan kita supaya lebih hampir kepada-Nya. Berusahalah dan berdoalah kepada-Nya supaya dibukakan pintu rezeki agar dapat kita menempuh perjalanan kehidupan yang sementara ini. Janganlah jadikan kesempitan ini untuk bertindak di luar batasan. Ketahuilah , Allah SWT hanya menurunkan 1/10 nikmat ke dunia, jangan sampai kerana 1 nikmat ini, kita kehilangan yang lagi 9 di sana"
yang pastinya Allah SWT mengurniakan limpahan nikmat kepada kita, bagaimana kita menggunakannya? SELIDIK LAH DIRI KITA..."

BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?

"Wahai orang-orang yg beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) ,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah SWT supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan.)" (Surah al-imran:200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah SWT) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Surah al-baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk meraka."
(surah at-taubah:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah AllahSWT bagiku, tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki `Arsy (singgahsana) yang agung.' (surah at-taubah:129)

AARRGGGHHHHH AKU XTAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT melainkan kaum yang kafir." (surah yusuf:12)



  • semoga Allah memberi kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh-NYa.
  • semoga Allah kifarah dosa-dosa yang telah kita dilakukan dengan memberi segala dugaan dan ujian yang telah diberikan.
  • semoga Allah menguatkan hati-hati dan minda fikiran dalam menghadapi setiap dugaan-Nya.