title kali ni takde kena mengena dengan my bestday tapi sebenarnya berkenaan dengan sy telah jadi final yr optometry student. yeay! memang sangat best jadi final yr sbb dah jadi senior paling senior tapi schedule amatlah packed..huhu memang sangat padat. memang sangat banyak kerja. buat proposal thesis, buat assignments, dengan nak study PCC lagi..huhu
Hari ni adalah hari pertama sy menjalani PCC (primary care clinic). huhu amatlah mencabar, first2 patient pun dah dpt grade E, maknanya failed. sebabnya, sy salah buat ret dengan subjektif refraction, mesti korang xpaham kan? urm, abaikan. think positive! okeh, sy xkisah pon dapat E sbb biasalah dah mula2 masuk klinik, mestilah ada yang teruk sikit. takpe, nextyme kena tingkatkan lagi usaha bak kata my supervisor, En Jun...
tak best la cite pasal bad news ni...sekarang nak cite pulak pasal adik2 'senior' opto yang baru je jadi senior tapi dah budget senior sgt kan. huhu panass!! haha malas nak cite, x best!
okeh, kita cite yang best2 je la eyh, jom cite pasal masa cuti musim panas kali nih..hehe
this summer holiday sy telah menjalani LI (latihan industri) selama 2 minggu di Hospital Batu Pahat dan 2 minggu di Menara Optometry Taman Sri Andalas. kedua-dua tempat amatlah best! masa di hospital macam biasalah sy stay kat umah kawan baik sy, dila selama berlatihan industri di sana. tapi, family dila memang amat berlainan dengan family sy. kesemua adik-adiknya sangatlah pemalu dan serius je kejenya ehehe...ayah dila pon senyap je, mak dia baik sangat dan amatlah peramah. sy pon perasan tetiba je sy jadi sangatlah pemalu semasa di rumah dila...ehehe..
masa LI kat Jabatan Oftalmologis kat HBP tu, ada 3 org pegawai optometris yang sangat baik dan tidak lokek ilmu dan sangat disenangi, kak yanny, kak dila, dan kak fiza..comel2 je dorang. banyak sangat belajar ngan diorang.
kat Menara Andalas pulak, best jugak. mula2 tu rasa macam tak berapa best, tapi bila dah keje kat situ lama2 best je. kak su adalah optom kat situ, ada staff lain2, kak elmy yang suka cite pasal hafiz dan aweksnya, hafiz yang suka gelak je memanjang, kak jue yang serius dan kak laili yang baikhati. dekat kedai specs ni, memang bosan sebab tak ramai sangat customer yang datang everyday, tapi boleh la. nak belajar punya pasal...ehehe. masa LI kat sinilah, boleh pulak terjumpa dengan secret admire masa kat matrik dulu...ehehe masa tu, kat kedai makan HAKIM, kat seksyen 7. kalau tak silap, nama de wan hafiz kot...hehe
urm, lepas habis LI kat Menara Andalas, apalagi...pulang ke rumah la hehe....sukeee..
kat rumah sibuk je layan semua cite indon2 hehe. yang paling best cite Benci Bilang Cinta la, selain tu, Cahaya, n Dunia Belum Kiamat...haha...syiok kot layan cite Indon je sume.
okeylah, sekarang dah habis cuti, dah masuk sem baru dan banyak sangat keje yang perlu disiapkan ASAP.
kehidupan sebagai seorang mahasiswa tahun akhir telah bermula...ehehe
Lets GO!!!
No comments:
Post a Comment