Monday, April 23, 2012

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA TURUN TEMURUN

NASI TOMATO

BAHAN-BAHANNYA:
  • bawang putih + bawang merah + halia = di blend 
  • marjerin
  • 4 adik-beradik ( bunga lawang, cengkih, biji limau, dan kulit kayu manis) 
  • PALING PENTING : SOS TOMATO
  • tomato puree (SGT SEDAP KALAU ADA, KALAU X ADA PUN TAKPE)
  • susu cair/susu sejat
  • garam
  • air
  • buah tomato ( dipotong dadu)
  • beras pun penting jugak...heee
CARA-CARANYA:
  • tumiskan bwg putih + bwg merah + halia + 4 adik-beradik menggunakan marjerin tau, jgn guna minyak. kalau korang guna PLANTA lagi best.
  • kemudian, tambah SOS TOMATO ke dalam tumis tadi.
  • masukkan air sekali, jgn lupa sukatan air mesti sama dengan sukatan beras yang korang nak masak tau, contohnya, kalau korang nak buat 4 cawan beras, so, air pun mesti 4 cawan yang sama jugak ye. Ah! kecuali kalau korang pakai beras SIAM, korang kena tambah air lagi satu cawan sebab beras jenis nih keras sedikit.
  • lepas tu, campurkan tomato puree, susu cair, buah tomato yg dipotong dadu, dan sedikit garam. sukatan susu cair sedikit saje, hanya untuk rasa sedikit lemak2 je.
  • bila dah menggelegak, korang campurkan la beras tu sekali. pastu masak nasi macam biasa.
  • biasanya kalau saya masak, saya akan transferkan periuk ke rice cooker sebab tak berapa nak mahir masak nasi atas dapur...heeee.....
UNTUK KUAHNYE PULA, BIASANYA YANG SESUAI DENGAN NASI TOMATO ADALAH AYAM MASAK MERAH.

*RESIPI AYAM MASAK MERAH MAK SAYA BELUM BAGI LAGI, TUNGGU UTK NEXT POST YE...SELAMAT MENCUBA!!!!


AYAM MASAK MERAH

RESIPI MAK SAYA TART TELUR + NASI TOMATO



INILAH TART TELUR MAK SAYA


hari ini saya nak berkongsi resipi turun temurun mak saya tart telur dengan nasi tomato. urm..apa kaitan nasi tomato dgn tart telur? saya pun tak tahu. cuma hanya kebetulan hari ni mak saya berkongsi resipi nasi tomato ngan tart telur dia. tart telur mak saya adalah tart yang paling sedap sekali, that is my favourite. urm nasi tomato pulak, sebenarnya cik dila, my besties yang nak resipi tu sebab dia balik kampung and nak masak kat family dia lah. 

RESIPI TART TELUR MAK SAYA YANG SAYA SUKA
 BAHAN- BAHANNYA : 


1. KULIT TART
  • 1 1/2 cawan planta
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila 
2. ISI TART
  • 1 1/2 gelas air + 2 senduk gula = masak sampai jadi air gula
  • 2 biji telur + 1/2 gelas susu cair/sejat = kacau
  • air gula ( disejukkan) + bancuhan (telur + susu) = tapis kesemua sekali.
CARA-CARANYA: 
  • untuk kulit tart gaulkan dan uli doh sehingga sebati.
  • kemudian isikan doh yang dah sebati tu ke dalam acuan tart.
  • selepas semua acuan disiapkan, jangan lupa isikan bancuhan isi tart tadi ke dlm setiap acuan.
  • dan bakar. 
  • senang kan? tapi bagi saya kalau buat tart telur ni, yang renyuh adalah tyme nak buat kulit tart td..nak penyet2 dalam acuan, bab tu memang agak lama sikit.
  • kalau anda taknak bosan, sila buat kulit tart sambil tengok SUPER SPONTAN, memang tak akan bosan. hehe

OK, DAH JADI, SELAMAT MENCUBA YE KORANG!!!

Thursday, December 29, 2011

2011 bakal melabuhkan tirai~

30 Dec 2011, bermaksud 2011 dah nak melabuhkan tirainya...
2011 adalah tahun yang banyak kenangan manis utk diri i.
 My List kenangan manis pada tahun 2011:
  • Jan - April : Mengharungi saat-saat kesibukan sebagai student tahun akhir UKM....busy siapkan tesis, busy cari patient utk klinik, busy buat report byk2, VIVA, final exam..semua itu saya harungi dengan penuh semangat walaupun kadang-kadang rasa macam nak give up. Alhamdullillah
very2 gigih untuk klinik~ 

my bitch, ops my batch~ really missed them all
  • May - Kakak tersayang belikan sebuah kereta comel untuk saya, i really appreciated it. Alhamdulillah. I really love my Perodua Kancil, WGQ 6855. Nampak je kecik comel, tapi memang laju..hihi
NAMA DIA: KECIK COMEL LAJU
  • 29 May - Berpindah ke rumah baru setelah 4 tahun di K4, rumah sewa baru saya di Pangsapuri Subang Impian, Subang 2. Staying with all my BFF, diana dila, enab, hani, & along diana.
  • 1 Jun - Bermula kehidupan seorang optometris muda junior di UTAMA OPTOMETRIST together with my BFF, starting to work for the first time after 4 years studying, such a valuable experience i ever had. Alhamdulillah.

  • 28 Jun - This is the best thing ever! i have my first salary! hehe...Alhamdulillah.

  • 9 Julai - My first time flying alone, although only flying to Kuala Terengganu, but i felt that it is one of the things that i'm doing independently. Very nice! (kena kerja kat outlet KT, tu yang kene pegi sorang tu).


  • 26 Sept - My Convocation Day! after 4 years struggling in UKM studying Optometry, finally i got my bills fully paid. yeah, for the first time the day for all my family and my BFF family unites. 

2011 is the sweetest year for me, and to step into a new year, we must have a new wish to achieve right? same goes to me, hehe

want to know what is my 2012's wish?
my top wish is to lose weight...seriously!
second, i nak cari jodoh....joking!

continued to next episode>>>>>>

Sunday, December 11, 2011

sayangku perincessss...

entri kali ini bukanlah untuk sesiapa tetapi hanya untuk
My lovely princess, anak buah perempuan pertamaku (my niece)
Her name is nur izyan safra, yang bermaksud cahaya perhiasan emas..cantik
Yes memang sangat cantik nama tersebut
Tetapi entri hanyalah bersempena her birthday yang pertama
Actually bestday jeyan (nama comel)  adalah semalam.
Saengil chukkahae jeyan!

Wednesday, October 5, 2011

saya peminat lagu K-POP

jom layan lagu K-POP saya...


by SUPER JUNIOR

by CN BLUE 

by BEAST

ENJOICE!!!

Saturday, July 16, 2011

PROMOTION! PROMOTION! PROMOTION!


SILA BERKUNJUNG KE UTAMA OPTOMETRIST KOTA DAMANSARA! 
KAMI MENGADAKAN PELBAGAI PROMOSI KACA MATA YANG BERPATUTAN UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA!


PROMOSI-PROMOSI YANG DITAWARKAN  SEPERTI BERIKUT: 



  • FAMILY PACKAGE; minimum adalah seramai 3 orang yang perlu membuat kaca mata di kedai kami dan total price perlulah RM1500 dan keatas, dan kami akan memberikan percuma 1 pasang kanta kaca mata yang bernilai RM200. Contohnya, ibu, ayah, dan anak sulung membuat kaca mata dan total harga adalah RM1500 dan keatas, kemudian anak kedua hanya perlu membeli frame sahaja kerana kanta adalah PERCUMA!
  • TRANSITION & MULTIFOCAL PACKAGE; Anda tidak selesa berada di bawah UV? Anda selalu melakukan outdoor activities? yup! Pemakaian kanta transition adalah yang terbaik untuk anda, ia menggelapkan penglihatan anda di bawah cahaya matahari seperti kaca mata hitam, manakala ia akan bertukar menjadi 'clear' jika anda berada bukan di bawah cahaya UV. Ia juga dapat melindungi penglihatan anda daripada radiasi UV dan dapat mengurangkan risiko katarak bagi golongan yang berumur 40 keatas. Only RM450 for transition lenses and get FREE FRAME!!!
  • SUNGLASS PROMOTION; Beli satu pasang kaca mata di outlet kami dan dapatkan 60% off untuk pembelian kaca mata hitam. Jika anda seorang yang mementingkan fashion dan penglihatan yang 'clear', promosi ini adalah sesuai untuk anda!
  • COLOR CONTACT LENS PROMOTION; Mahu cantik di Aidilfitri ini? Jika anda seorang yang memakai kanta sentuh berwarna, kami mempunyai promosi TERHANGAT untuk anda, BUY 2 BOXES COLOR CONTACT LENSES, GET FREE 1 BOX + 1 TRAVEL SOLUTION (SMALL) [FRESHKON, SHINE AND FRESHLOOK available]
  • Anda seorang pemakai kaca mata? tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan kaca mata yang lama? kami menawarkan promosi TRADE IN GLASSES PROMOTION. Anda perlu membawa kaca mata lama anda dan dapatkan kaca mata baru dengan trade in kaca mata lama anda! 
SILA BERKUNJUNG KE OUTLET KAMI DI KOTA DAMANSARA, 

UTAMA OPTOMETRIST 
19G, Block B, Bistari De Kota,
Jln Teknologi 3/9, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Contact No: 03-61418272

~i'm the optometrist~siti idayu zulkifle

NEW LIFE, NEW PLACE, NEW RESPONSIBILITY WITH SAME FRIENDS

yup, now i have a new, sweet life because i'm working now. yes, i work as an a new optometrist at UTAMA OPTOMETRIST KOTA DAMANSARA with no experience in dealing with many types of customer and also in business area. 
also, i have a new place, now i'm staying at subang 2, with my steady best friends and the responsibility also increased by the time. now i need to think about others, my family, my customers, and also myself. yup, i must think about myself too. its actually a very long time when the last my post in this blog. ya, i miss blogging but still i have not enough time to do that. also, my laptop's adapter was broken and i cannot open my laptop. 

as an optometrist, i think the most important thing to have is the good attitude towards people especially our customer. ya, i still hold that principle "customer is always right" but then sometimes customer is not always right. they also taking advantages to us, for instance in case of the lens chipped but that is not our fault and they want a new replacement but do not want to pay. such a nuisance yea, i know i made this blog to complain when i'm frustrated, when i have many works to do, when i'm tension and else. 

that one showing that i have a new responsibility, i have another commitment. 

this is my working place~
 about a months and half i'm working here, i felt enjoyed and a little bit bored (balance)
a good news, Mr everois has engaged with my ex-classmate in high school. (chukkahae!)