Wednesday, February 13, 2013

Bila kau diam

bila kau diam
aku akan pikir bukan2 tentangmu
bila kau diam
aku akan menanya sibukkah kau dgn kerja
bila kau diam
ku akan menganggap aku sudah tidak penting lagi buatmu
bila kau diam
ku akan merasa aku yang bertepuk sebelah tangan
bila kau diam
ku akan memujuk hati sendiri
jika ini berlarutan
aku akan putus asa
kecewa dengan insan bernama lelaki.

Himpunan Puisi

♥Bercinta
Pinanglah aku sekarang, kita kawin.
Selepasnya, aku mau bercinta sampai mati
♥Tak sampai
Cinta tak kesampaian, adakah itu cinta?
Cuba tanya diri sendiri
♥Hati
Kekuatan hati terletak pada tahap kebergantungan kita kepada Allah, Tuhan Yang Satu
Walau apa badai sekalipun kita tetap teguh
Jika hati hanya pada Dia
♥Jangan
Jangan ajak aku bercinta
Tolong ajak pada jalan halal
Itu yang aku cari
♥Retak beribu
Kenapa kenapa kenapa
tunggu dan terus menunggu
Tak kunjung tiba
Sampai bila?
semakin lama semakin rapuh
semakin lama semakin tawar
retak beribu hati lagi sesaat pecah berderai
ibarat deraian airmata gugur dipipi
terhiris dan lukalah hati
14 Feb 2013

Monday, January 14, 2013

Puisi untukmu sayang

puisiku puisimu
cintaku cintamu
bersatu menjadi satu.

satu hati satu jiwa
kau dan aku akan bahagia
mengharungi alam rumahtangga.

kekasihku
kaulah yang satu
menjadi pelindung diriku.

untukmu ku tujukan
puisi indah buat kenangan
selamanya dalam ingatan.



♡areyou
Kuala Terengganu 6.10pm

Thursday, January 3, 2013

Baked Pasta resepiku

Nak kongsi satu resepi favourite food I, Baked Pasta.
Resepi ni I amik dari dayangjack.blogspot.com tapi I ubah sikit mengikut cita deria rasa I.
First time buat aritu, i buat la sikit eksperimen and target I adalah anak2 buah I. Sbb diorang memang suka makan western food.
Okay, let's do it.


Bahan-bahan:
●2 cawan Pasta; spageti/ macaroni/ spirals *I guna spiral and spageti aritu sbb i suka. (direbusnya sampai betul2 masak)
Tips: mak I bagitau kalau rebus spageti nak tau dah masak ke belum try amik sikit pastu baling ke dinding, kalau ia melekat kat dinding it means ia dah betul2 masak. Mula2 i tak percaya tapi yup memang betul. U all try la its working.
●150g minced beef/ chicken, I lagi suka beef and from Ramly sbb beef nya tak hancur sgt. so so je. :)
●2 ulas bawang putih *dicincang
●1 labu bawang besar *dipotong kecil
●1 tin kecil tomato puree *yang ni i suka Ayam Brand sbb rasa puree tak masam sgt. so so jugak. :)
●sedikit sos tomato and sos cili
●1 sudu besar planta


Untuk sos putih:
●2 cawan susu segar *Dutch lady pun ok.
●1 sudu besar planta
●sedikit lada sulah
●2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
●1 slice cheesedale
●sedikit garam dan gula


Cara-cara:
1. Cairkan planta, tumis bawang besar + putih sampai naik bau.
2. Masukkan minced beef/ daging cincang. Kacau smpai airnya kering.
3. Masukkan tomato puree. Gaul sebati.
4. Tambah sos cili + tomato ( jgn terlebih sos tomato sbb nnt rasanya masam)
5. Satukan kuah tadi dgn pasta. Gaul hingga rata.

Sos putih;
1. Cairkan planta, masukkan cheesedale, kacau hingga cair.
2. Tuang susu segar, masak hingga mendidih.
3. Masukkan lada sulah + garam + gula.
4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga pekat. *Korang jgn lupa tau sebelum masukkan tepung, bancuh dulu tepung dgn air. Nanti jika tersilap masukkan tepung terus ke dalam sos td, tepung akan jadi berketul-ketul. Tak sedap.
5. Tutup api apabila sos dah pekat.

Letakkan pasta tadi dalam bekas tahan panas, tuang sos putih atas pasta tadi kemudian taburkan keju parut/ cheesedale yg di carik2kan. Bakar selama 10minit.
Done!

Selamat mencuba!
I punya eksperimen sangat berjaya sebab seminggu kemudian anak buah I mintak lagi I buat pasta ni. Sangat sedap.


spageti yang dah siap digaul dengan sos 

cheesedale dicarik2kan tabur atas sos putih tadi

masuk dalam oven, bakar sekejap je dlm 15minit

okay! dah siap my baked pasta...nyummy!

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Salam dan Selamat Tahun Baru 2013

Yup, dah masuk tahun baru dah kita. 2013.
Ramai yang mesti tahun baru perlukan azam yang baru right?
yes opkos la mesti ada azam baru kan.
so, my wishes for 2013 are:

1. Jaga solat 5 waktu dan banyakkan baca Al-quran.
2. Kerja; nak kerja government hospital....i hope...i hope...i hope..
             ; nak kumpul duit untuk kawen.
3. Losing my weight to 55kg...now i'm 67kg..oh my!!!!! 0^0
4. Love; i want to find my true love this year. Jika dia adalah yang terbaik untukku, Kau dekatkanlah hati kami Ya Allah. Ameen....
5. Family; i want to give my best to my parents.

p/s, sejak-sejak kena transfer ke Kuala Terengganu ni, seriously i miss my besfrens especially cik husna, cik dila di JB dan cik diana.
saranghaeyo!

Monday, April 23, 2012

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA TURUN TEMURUN

NASI TOMATO

BAHAN-BAHANNYA:
  • bawang putih + bawang merah + halia = di blend 
  • marjerin
  • 4 adik-beradik ( bunga lawang, cengkih, biji limau, dan kulit kayu manis) 
  • PALING PENTING : SOS TOMATO
  • tomato puree (SGT SEDAP KALAU ADA, KALAU X ADA PUN TAKPE)
  • susu cair/susu sejat
  • garam
  • air
  • buah tomato ( dipotong dadu)
  • beras pun penting jugak...heee
CARA-CARANYA:
  • tumiskan bwg putih + bwg merah + halia + 4 adik-beradik menggunakan marjerin tau, jgn guna minyak. kalau korang guna PLANTA lagi best.
  • kemudian, tambah SOS TOMATO ke dalam tumis tadi.
  • masukkan air sekali, jgn lupa sukatan air mesti sama dengan sukatan beras yang korang nak masak tau, contohnya, kalau korang nak buat 4 cawan beras, so, air pun mesti 4 cawan yang sama jugak ye. Ah! kecuali kalau korang pakai beras SIAM, korang kena tambah air lagi satu cawan sebab beras jenis nih keras sedikit.
  • lepas tu, campurkan tomato puree, susu cair, buah tomato yg dipotong dadu, dan sedikit garam. sukatan susu cair sedikit saje, hanya untuk rasa sedikit lemak2 je.
  • bila dah menggelegak, korang campurkan la beras tu sekali. pastu masak nasi macam biasa.
  • biasanya kalau saya masak, saya akan transferkan periuk ke rice cooker sebab tak berapa nak mahir masak nasi atas dapur...heeee.....
UNTUK KUAHNYE PULA, BIASANYA YANG SESUAI DENGAN NASI TOMATO ADALAH AYAM MASAK MERAH.

*RESIPI AYAM MASAK MERAH MAK SAYA BELUM BAGI LAGI, TUNGGU UTK NEXT POST YE...SELAMAT MENCUBA!!!!


AYAM MASAK MERAH

RESIPI MAK SAYA TART TELUR + NASI TOMATO



INILAH TART TELUR MAK SAYA


hari ini saya nak berkongsi resipi turun temurun mak saya tart telur dengan nasi tomato. urm..apa kaitan nasi tomato dgn tart telur? saya pun tak tahu. cuma hanya kebetulan hari ni mak saya berkongsi resipi nasi tomato ngan tart telur dia. tart telur mak saya adalah tart yang paling sedap sekali, that is my favourite. urm nasi tomato pulak, sebenarnya cik dila, my besties yang nak resipi tu sebab dia balik kampung and nak masak kat family dia lah. 

RESIPI TART TELUR MAK SAYA YANG SAYA SUKA
 BAHAN- BAHANNYA : 


1. KULIT TART
  • 1 1/2 cawan planta
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila 
2. ISI TART
  • 1 1/2 gelas air + 2 senduk gula = masak sampai jadi air gula
  • 2 biji telur + 1/2 gelas susu cair/sejat = kacau
  • air gula ( disejukkan) + bancuhan (telur + susu) = tapis kesemua sekali.
CARA-CARANYA: 
  • untuk kulit tart gaulkan dan uli doh sehingga sebati.
  • kemudian isikan doh yang dah sebati tu ke dalam acuan tart.
  • selepas semua acuan disiapkan, jangan lupa isikan bancuhan isi tart tadi ke dlm setiap acuan.
  • dan bakar. 
  • senang kan? tapi bagi saya kalau buat tart telur ni, yang renyuh adalah tyme nak buat kulit tart td..nak penyet2 dalam acuan, bab tu memang agak lama sikit.
  • kalau anda taknak bosan, sila buat kulit tart sambil tengok SUPER SPONTAN, memang tak akan bosan. hehe

OK, DAH JADI, SELAMAT MENCUBA YE KORANG!!!