Thursday, September 23, 2010

nak upload gambar raya lah~

okeh, nak cite pasal raya tahun ni, memang banyak improvement bab kerja2 rumahtangga.
first, langsir rumah tahun ni semuanya saya yang jahit, wah! so proud of you la siti idayu !!!


second, kemas rumah aka sipam rumah totally sy yang siapkan from the dining room to the very big kitchen.
my youngest sister memang totally malas nak tolong, dia sibuk jahit baju je malam raya.


third, kasut raya x beli sebab recycle je yang tahun lepas punya, eyh syilap pakai kasut dinner last year je~
kan orang dewasa dah tak beli kasut raya kan, this is one of the improvement that i've done this year.
very good areyou !!!
last2, 2nd raya dah x boleh pakai dah kasut tu sbb tapak semua dah tercabut, tinggal besi je~ heh! hampeh~


fourth, raya ni jugak dah bawak keta pergi K.Trg dengan kawan2 lama, that is also my improvement to be an adult stage...hihi
okay la, a few photos of my lovely family and my beloved friends.


sy syg kuarga sy

semua senyum, mcm biasa ayah saje cannot smile~ hihi

photo ni mesti ade, note that stadium yg cantekk jd background

mamat ni kalau xde, memang x sah..haha (bakal abg ngah ni)

WITH MY OLDFRIENDS (bukan yang dah berumur)

c-dah, poya (bukan nama sebenar), chewan, nadyaa, and sah

once again, chewan, chot, waniey, didiey, and poya (bkn nama sebenar)

chewan and poya (bkn nama sebenar) kami sahabat baik~


okeh, ni pasukan nasyid KIST suatu masa dahulu (solo > pemakai baju pink..kehkeh)

okeh, setakat ni je pengalaman raya tahun 2010, raya last dapat duit raya.
insyaAllah next raya, boleh bagi duit raya kat anak buah pulak...hehe

futnot: duit raya last dapat RM150.00 ~ RM50 mak kasi, RM50 ayah kasi, lagi RM50, abg ipar ngan kakak yg bagi~ hehe (mmg dah besar, org dh x bg duit raya dah)

Wednesday, September 22, 2010

macam terasa nak menulis~

sy rasa sy banyak buat entri bila saya rasa banyak keje, cannot endure the works anymore.
actually, sy mmg tgh banyak kerja yang belum disetelkan lg, jom list down all the unsettled works now.


1. case reports aka case presentation. akan present pada hari ISNIN, 27hb SEPTEMBER 2010. lagi 4hari kena siapkan that case report
s. everyone kena cari 3 case about systemic disease that affect in refractive error, and my progress is about 10%. please hard work more siti idayu!!!!


i wonder kenapa bila banyak kerja, sy mengadu domba dekat sini? bukan mahu menyiapkan kerja tersebut dengan secepat mungkin...urm..that my bad side~


okay, the second problem,
2. worried about the amount of my patients, my PCC today i got only 1 patient, whoever want to check the eyes, come meet me at the UKM Optometry Clinic. kenapa sangat susah mahu cari patient recently meyh? huhu
wat to say... my patient today is sgt comel, and shyshyshy...hihi (sy suka lelaki yang pemalu...hihi).
sekarang, bilangan patient sy adalah 27, urm..need to hard work again siti idayu !!!


3. i think my head is full of things, sampai rasa macam byk sgt fireworks tgh meletup-meletup kat atas kepala nih...urm i dont know exact what i'm thinking about, many things.


4. okay, sy tak layan kawan sy tu, biarpun dia byk kali tegur kat ym and skype. GO TO SCHOOL la U...
sy dah xde mood nak layan dia lg, fikiran tgh bercelaru, mmg macam ni.
nanti dah okay, sy tegur awak ye~hihi


lagi? urm..setakat ni je la nak mengadu.
as a conclusion, u need to hard work more SITI IDAYU ZULKIFLE !!!!


p/s: bukan sahaja apabila mempunyai masalah, barulah kita berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya, tetapi juga pada setiap detik, waktu, dan setiap kali jantung kita berdenyut sehinggalah ia berhenti berdenyut.
marilah mencari keampunan-Nya.

Sunday, August 1, 2010

sebab dah lama tak upload gambar~

NI SEMUA GAMBAR SEMASA VARILUX ACADEMY ASIA PASIFIC
were held at Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur, 24 & 31 July 2010

macam biasa la, 5 sekawan (my besties!!)

ok, secret admire pon ada...hehe

my sweetest purple friends!

'saya suke amik gambar' said diana

sekarang dah habis, mau pulang sudah

ouch, my SA dengan chun hui and MR CHUBBY ALEX

DILA's group |PINK|

ayu, husna, & ada 's group

kami berLIMA

kami LAGI

kami yang GIGAM

not KAMI, chia ling, juoh sze, & angelina jolie...hehe

~we are together as ONE~

ok, dah habis gambar. oops!!!
nothing to say wif this photo...hehe

sekian sahaja, VAAP are the best!!!
tq so much to MR DANIEL, MR ALEX, MR ERIC & TERESA GOH

feetnote: gambar last diambil semasa lunch di cafe Grand Seasons. 
hehe, very cute of you la diana!!

Wednesday, July 28, 2010

saya sudah dapat pengganti~

'saya sudah dapat pengganti' memberi definisi di sini bahawa saya sudah dpt pengganti laptop saya yg telah hilang pada tahun lepas...alhamdulillah saya dah dapat laptop baru!!!! Compaq Presario CQ42~
hari jumaat lepas, kak nor yang keje ngan mak saya datang KL bawak my new laptop bg saya. terima kasih kak nor~
ayah juga, terima kasih jugak sebab sanggup beli laptop kali kedua kat saya, saya tahu saya banyak buat ayah susah, asyik minta duit je dekat ayah, huhu saya rasa sayalah anak ayah yang paling banyak menyusahkan ayah, saya minta maaf ayah (tetiba emosional pulak) hehe.
dan juga, thank to my sister also because she bought me a broadband and every month dia yang bayarkan untuk saya, kakak, nanti ayu dah kerja, ayu akan sambung bayar broadband tu eyh~ i luv u all yang dah memberi sepenuh sokongan dan bantuan especially bantuan kewangan dalam kehidupan saya sebagai mahasiswa akhir Optometri UKM. 
mak saya pun, segala advice yang diberikan akan anakmu ingat selamanya..hehe (mak selalu nasihat supaya belajar elok-elok, jangan buat perkara yang mencemarkan nama buruk keluarga, tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik saya) hehe beremosi pulak malam ni...actually, saya sedang rindu my family sekarang, kejap lagi nak call mak la...hehe


i love my family as much as mountain

okey, mulai dari hari ini, saya akan berusaha menggunakan bahasa Malaysia dengan betul kerana untuk projek penyelidikan saya dan segala jenis tugasan tahun akhir ini perlu disiapkan dalam bahasa Malaysia. dan itu, saya mengalami banyak masalah dalam menterjemahkan term-term yang teknikal daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. oooo sangat susah looo...

mesti korang ingat bahasa Malaysia senang kan? sebenarnya teramatlah susah kerana memerlukan penterjemahan yang betul daripada BI ke BM...memang susah...cuba try la kalau nak tau...lagi-lagi terms scientific contohnya early onset presbyopia and late onset presbyopia, kalau dalam BM ape ye translation de? huhu pening jugak kepala tu.

please lah, belajar lah Bahasa Melayu dengan baik ye AYU!!

futnot: saya gembira hari ini saya first time dapat A buat PCC even tough A-, but saya sangat gembira...yehhhaa
and also, saya dapat buat 2 orang patient dalam masa yang ditetapkan, xde lah lambat sangat, cume yang 2nd patient je yang susah sikit, but its okay~ tq to my supervisor today, Pn Norhalijah~ hari ini saya banyak berterima kasih dekat banyak orang, good AYU!! maintain it okay!

Thursday, July 22, 2010

layannnn~

try layan lagu ni..agak best~
TUNJUKKAN AKU - BONECA

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis
Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?
Oh…
*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan aku
Tunjukkan aku
Chorus:
Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu
(Repeat *)
(Repeat chorus 2x)
Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Tuhan, tunjukkan aku
P/S: ak pun tak menahu....

Wednesday, July 14, 2010

~saya dah tua~

title kali ni takde kena mengena dengan my bestday tapi sebenarnya berkenaan dengan sy telah jadi final yr optometry student. yeay! memang sangat best jadi final yr sbb dah jadi senior paling senior tapi schedule amatlah packed..huhu memang sangat padat. memang sangat banyak kerja. buat proposal thesis, buat assignments, dengan nak study PCC lagi..huhu

Hari ni adalah hari pertama sy menjalani PCC (primary care clinic). huhu amatlah mencabar, first2 patient pun dah dpt grade E, maknanya failed. sebabnya, sy salah buat ret dengan subjektif refraction, mesti korang xpaham kan? urm, abaikan. think positive! okeh, sy xkisah pon dapat E sbb biasalah dah mula2 masuk klinik, mestilah ada yang teruk sikit. takpe, nextyme kena tingkatkan lagi usaha bak kata my supervisor, En Jun...

tak best la cite pasal bad news ni...sekarang nak cite pulak pasal adik2 'senior' opto yang baru je jadi senior tapi dah budget senior sgt kan. huhu panass!! haha malas nak cite, x best!

okeh, kita cite yang best2 je la eyh, jom cite pasal masa cuti musim panas kali nih..hehe
this summer holiday sy telah menjalani LI (latihan industri) selama 2 minggu di Hospital Batu Pahat dan 2 minggu di Menara Optometry Taman Sri Andalas. kedua-dua tempat amatlah best! masa di hospital macam biasalah sy stay kat umah kawan baik sy, dila selama berlatihan industri di sana. tapi, family dila memang amat berlainan dengan family sy. kesemua adik-adiknya sangatlah pemalu dan serius je kejenya ehehe...ayah dila pon senyap je, mak dia baik sangat dan amatlah peramah. sy pon perasan tetiba je sy jadi sangatlah pemalu semasa di rumah dila...ehehe..
masa LI kat Jabatan Oftalmologis kat HBP tu, ada 3 org pegawai optometris yang sangat baik dan tidak lokek ilmu dan sangat disenangi, kak yanny, kak dila, dan kak fiza..comel2 je dorang. banyak sangat belajar ngan diorang.

kat Menara Andalas pulak, best jugak. mula2 tu rasa macam tak berapa best, tapi bila dah keje kat situ lama2 best je. kak su adalah optom kat situ, ada staff lain2, kak elmy yang suka cite pasal hafiz dan aweksnya, hafiz yang suka gelak je memanjang, kak jue yang serius dan kak laili yang baikhati. dekat kedai specs ni, memang bosan sebab tak ramai sangat customer yang datang everyday, tapi boleh la. nak belajar punya pasal...ehehe. masa LI kat sinilah, boleh pulak terjumpa dengan secret admire masa kat matrik dulu...ehehe masa tu, kat kedai makan HAKIM, kat seksyen 7. kalau tak silap, nama de wan hafiz kot...hehe

urm, lepas habis LI kat Menara Andalas, apalagi...pulang ke rumah la hehe....sukeee..
kat rumah sibuk je layan semua cite indon2 hehe. yang paling best cite Benci Bilang Cinta la, selain tu, Cahaya, n Dunia Belum Kiamat...haha...syiok kot layan cite Indon je sume.

okeylah, sekarang dah habis cuti, dah masuk sem baru dan banyak sangat keje yang perlu disiapkan ASAP.
kehidupan sebagai seorang mahasiswa tahun akhir telah bermula...ehehe
Lets GO!!!

Thursday, April 1, 2010

hari yang takde mood~


entah kenapa hari ini saya memang takde mood. mood mana...mana...mana...huhu tak jumpa.
kepala memang tengah sangat-sangat berserabut dah macam longkang pecah. kerja yang berlambak-lambak tak siap-siap lagi. ditambah lagi dengan masalah hidup yang bertimpa-timpa atas bahu empat kerat aku nih.huhu
merungut je kerja.

masalah pertama, REPORT CLINIC BV TAK START-START BUAT LAGI, NEXT WEEK KENA HANTAR...pendrive takde sekarang sebab tu boleh update blog...yeay!

masalah kedua, MASALAH LAST MINUTE PERTUKARAN TEMPAT POSTING DARI MENARA OPTOMETRY PLAZA ALAM SENTRAL KE TAMAN SRI ANDALAS KLANG..dahlah aku tak tau kat mana tempat tu, kena sorang-sorang pulak tu. urm. mr Azim cakap semalam tempat tu sebelah je dengan tempat dia posting dulu dan dia cakap kat situ kaum India adalah yang terbanyak. huhu...saya takkoooootttt..

masalah ketiga, RASA KECIK HATI KAT MEMBER SENDIRI...kenapa nak kena rasa kecik hati?? hati aku ni dah memang kecik pon..hehe..urm..sape boleh suggest camana nak buang rasa kecik ati yang tak sepatutnya ni dari ati aku? teruk la kalau setiap kali macam ni.

masalah keempat, KEKURANGAN KASIH SAYANG...yang ni memang kronik sebab aku dah tak balik rumah dah lebih sebulan. mesti korang akan cakap, "ala, baru sebulan...lepak la"...tapi memang aku tak boleh lepak-lepak bila aku omsick. walaupun nama je budak asrama selama 6,7 tahun, tapi kalau bab balik rumah memang tak boleh miss...mak...saya rindu mak...huhu..(kronik nih)..tgh berfikir...bila saya boleh balik rumah??? minggu ni tak boleh sebab ada dinner opto...minggu depan tak boleh jugak sebab dah start study week, nak kena study..kalau balik rumah, alamatnya tak study la. lepas minggu depan dah start exam...exam pulak kena hari yang berturut-turut pulak...alahai...mak...saya rindu mak...saya rindu azim debokkk...walaupun mak cakap mak takkan rindu saya, tapi saya tetap rindu dekat mak...
lepas exam, terus kena pergi posting kat hospital batu pahat, stay kat umah dila...mesti jumpa mak dila...bukan mak saya...huhuhu~ takpe2 ayu, be strong okay, tak boleh jumpa mak ayu, jumpa mak dila pun jadilah...hehe
alamatnya lepas posting dekat batu pahat barulah saya boleh balik rumah saya...saya sayang rumah.
kenapa saya suka rumah saya?
kenapa saya suka rumah saya?
sebab saya sayang family saya.

and the last masalah iaitu masalah yang paling besar sekali...SAYA RISAU NAK EXAM FINAL
dahlah semester nih saya banyak tido je kat dalam class, urut-urut tangan tak menjadi..cubit-cubit lengan pun tak menjadi..kena buat statement baru menjadi..haha..takkan hari-hari nak bergosip..lecture ke mana...lecturer pun ke mana entah.
urm..ada masa seminggu untuk study tapi saya telah merasa kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. masa study week nanti, kerja setiausaha untuk menyiapkan laporan post mortem makan malam Optometri akan mengacau saya untuk STUDY!!!!...huhu...sapa suruh jadi SU program...eyh...ayu jangan merungut okay~ u can do it la..it is just a small matter...sehari pun boleh siap report tu..then lain-lain hari boleh study okay! (ayat pleasure je, walaupun tahu mesti lambat boleh siap lagi-lagi kalau orang tak bagi kerjasama) ohoho.


p/s kenapa kalau kita dah permanently offline kat someone dalam ym, he still boleh nampak kita online dan siap boleh baca status kita lagi...saya tak faham...kenapa saya tak boleh delete orang dalam ym sayaaaaaaaa....(geram betoooollll).