Monday, April 23, 2012

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA

RESIPI NASI TOMATO MAK SAYA TURUN TEMURUN

NASI TOMATO

BAHAN-BAHANNYA:
  • bawang putih + bawang merah + halia = di blend 
  • marjerin
  • 4 adik-beradik ( bunga lawang, cengkih, biji limau, dan kulit kayu manis) 
  • PALING PENTING : SOS TOMATO
  • tomato puree (SGT SEDAP KALAU ADA, KALAU X ADA PUN TAKPE)
  • susu cair/susu sejat
  • garam
  • air
  • buah tomato ( dipotong dadu)
  • beras pun penting jugak...heee
CARA-CARANYA:
  • tumiskan bwg putih + bwg merah + halia + 4 adik-beradik menggunakan marjerin tau, jgn guna minyak. kalau korang guna PLANTA lagi best.
  • kemudian, tambah SOS TOMATO ke dalam tumis tadi.
  • masukkan air sekali, jgn lupa sukatan air mesti sama dengan sukatan beras yang korang nak masak tau, contohnya, kalau korang nak buat 4 cawan beras, so, air pun mesti 4 cawan yang sama jugak ye. Ah! kecuali kalau korang pakai beras SIAM, korang kena tambah air lagi satu cawan sebab beras jenis nih keras sedikit.
  • lepas tu, campurkan tomato puree, susu cair, buah tomato yg dipotong dadu, dan sedikit garam. sukatan susu cair sedikit saje, hanya untuk rasa sedikit lemak2 je.
  • bila dah menggelegak, korang campurkan la beras tu sekali. pastu masak nasi macam biasa.
  • biasanya kalau saya masak, saya akan transferkan periuk ke rice cooker sebab tak berapa nak mahir masak nasi atas dapur...heeee.....
UNTUK KUAHNYE PULA, BIASANYA YANG SESUAI DENGAN NASI TOMATO ADALAH AYAM MASAK MERAH.

*RESIPI AYAM MASAK MERAH MAK SAYA BELUM BAGI LAGI, TUNGGU UTK NEXT POST YE...SELAMAT MENCUBA!!!!


AYAM MASAK MERAH

RESIPI MAK SAYA TART TELUR + NASI TOMATO



INILAH TART TELUR MAK SAYA


hari ini saya nak berkongsi resipi turun temurun mak saya tart telur dengan nasi tomato. urm..apa kaitan nasi tomato dgn tart telur? saya pun tak tahu. cuma hanya kebetulan hari ni mak saya berkongsi resipi nasi tomato ngan tart telur dia. tart telur mak saya adalah tart yang paling sedap sekali, that is my favourite. urm nasi tomato pulak, sebenarnya cik dila, my besties yang nak resipi tu sebab dia balik kampung and nak masak kat family dia lah. 

RESIPI TART TELUR MAK SAYA YANG SAYA SUKA
 BAHAN- BAHANNYA : 


1. KULIT TART
  • 1 1/2 cawan planta
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • sedikit esen vanila 
2. ISI TART
  • 1 1/2 gelas air + 2 senduk gula = masak sampai jadi air gula
  • 2 biji telur + 1/2 gelas susu cair/sejat = kacau
  • air gula ( disejukkan) + bancuhan (telur + susu) = tapis kesemua sekali.
CARA-CARANYA: 
  • untuk kulit tart gaulkan dan uli doh sehingga sebati.
  • kemudian isikan doh yang dah sebati tu ke dalam acuan tart.
  • selepas semua acuan disiapkan, jangan lupa isikan bancuhan isi tart tadi ke dlm setiap acuan.
  • dan bakar. 
  • senang kan? tapi bagi saya kalau buat tart telur ni, yang renyuh adalah tyme nak buat kulit tart td..nak penyet2 dalam acuan, bab tu memang agak lama sikit.
  • kalau anda taknak bosan, sila buat kulit tart sambil tengok SUPER SPONTAN, memang tak akan bosan. hehe

OK, DAH JADI, SELAMAT MENCUBA YE KORANG!!!