Sunday, January 31, 2010

financial kesesakan~

saya dalam kesesakan sekarang~
okay, saya tengah bersesak duit kerana duit PTPTN yang tidak seberapa tidak masuk-masuk lagi dalam Bank Islam saya.
bapak saya juga tengah bersesak juga dan terporak peranda akaun Bank BSN nye, dan tidak mempunyai peluang untuk membank-in kan duit yang tengah serabai dalam akaun beliau ke dalam akaun saya.
disebabkan perkara ini, saya mengalami keadaan di mana budget yang telah dirancang 100% telah lari daripada pelan asal.huhu
kenapa kerajaan tidak menyedari kelewatan memasukkan duit pinjaman pelajar-pelajar universiti akan menyebabkan masalah yang besar kepada pelajar-pelajar tersebut??
kenapa kerajaan tidak menyedari kelewatan memasukkan duit pinjaman pelajar-pelajar universiti akan menyebabkan pelajar-pelajar kurang pandai dan lemah daya ingatan?? ini kerana, pada pemerhatian saya, seorang rakan serumah saya yang bernasib sama seperti saya telah membeli berpeket-peket mee maggi untuk dijadikan hidangan seharian nya. mee maggi menjimatkan kewangan para pelajar tetapi akan melemahkan daya ingatan para pelajar. tidakkah nanti perkara sebegini akan memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran para pelajar yang akan memimpin negara kita?? huhu (macam ahli politik pulak memberi ceramah) hehe
sekarang, in conclusion, bila duit saya mau masuk?? walaupun duit tersebut tidaklah banyak sangat, tetapi ia akan mengurangkan bebanan pemikiran kepada sesetangah para pelajar universiti.
sekian,
ntah pape ak merepek~ngeee...

No comments:

Post a Comment