Today, i nak bagi resepi cekodok pisang yang i reka tapi pasti sangat memuaskan. Sedap sangat. Tau tak kenapa i cakap sedap? Sebab rasanya yang manis2, lembut, dan rasa pisang yang asli.
Okay, resepi ni untuk 3-4 org makan ye, sekali makan je.
Kalau rasa nak buat makan pagi dan petang, boleh buat 2 adunan ye.
Bahan2
- Buah pisang dalam 5biji - saiz sederhana
- 250g tepung gandum - pastikan anda guna tepung cap sauh ye, ni petua mak i bagi sebab katanya, kalau guna tepung murah contohnya tepung cap wau nanti tak lembut cekodok kte buat. Katanya lagi, kalau dah beli tepung cap wau ke 1 malaysia ke boleh buat roti canai..jangan membazir.
- Susu pekat manis / krimer. - sesedap rasa
- Air masak - ikut hati je nak letak banyak mana, asalkan tak cair sangat ye, pandai2 je.
Cara2
- Mula2, korang potong buah pisang tu kecik2, jangan lenyek2 kan buah pisang tu, sebab kalau kita potong kecik2, nanti cekodok kita akan rasa 'chunk' buah pisang tu.
- Pastu masukkan tepung ke dalam potongan pisang kita tadi.
- Kemudian masukkan susu pekat manis, yang ni suka hati korang tau nak letak banyak mana tapi harus diingat manis makanan tak elok untuk kesihatan ye.
- Last skali masukkan air, dan kacau sebati kesemua bahan2 tersebut.
- Panaskan kuali, dan goreng ikut citarasa korang, nak buat petak ke, bulat2 ke, segitiga ke, semua boleh.
- Dah cukup garing, pastikan nampak kekuningan kehitaman sikit baru boleh angkat dan hidang.
- Jemput makan!!!! Komfem korang suka dgn resepi ni sebab cekodok korang lembut dan rasa pisang yang asli!
- Selamat Mencuba!!!!
p/s : I gantikan gula dengan susu pekat lagi bagus sebab tekstur cekodok lagi lembut dan manis2 sedap...hehe