Wednesday, March 25, 2015

Happy 1st Anniversary Husband!

22 Mac 2015, genap setahun usia perkahwinan saya dgn husband. Walau setahun dah tapi sempat jumpa dalam masa 6 bulan saje. Nasiblaa kawin dengan abg ashkar kannn...
Tapi its okay selagi my husband still loving me and stay with me forever, walau jarak beribu batu memisahkan, aku tetap setia menunggumu...Perghhh.... :D

Happy love u abang!
Love U more and more!!

Resepi Brownies Coklat Walnut Kegemaran Sy

Hari ni nak share resepi brownies coklat walnut yang sedap kegemaran saya. Dari dua hari lepas lagi tekak ni nak makan brownies, tapi sebab tunggu payday baru boleh shopping groceries.

Mari semua belajar cara dan ape bahan2 yang diperlukan untuk buat brownies ni. Minggu lepas ada order brownies kt Kuantan ni, sedap mmg sedap tp mahal jugakla, untuk saiz 7" harganya rm30. Kalau baking sendiri banyak habis duit pun takpe sebab sendiri boleh asah baking skills kan.
Mari semua.

Ingredients dia saya asingkan yang basah (wet) dan kering (dry)

Bahan2 basah (Wet Ingreds)
1 buku mentega tanpa garam (sy guna brand Anchor)
3/4 cwn gula kastor
1 cwn coklat masakan
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan2 kering (Dry Ingreds)
3/4 cwn tepung serbaguna (sy guna cap Bunga Ros)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1/3 cwn coklat cip
2/3 cwn kacang walnut

Semua bahan2 saya beli di bakers shop supaya senang nak cari, kalau beli di pasaraya ada bahan yang susah nak cari. #tips shopping ingredients


CARA-CARA MEMBUATNYA 

1. Cairkan mentega dalam periuk kecil atas api yang perlahan. Kemudian masukkan gula, diikuti dengan coklat masakan tadi. Pastikan sentiasa kacau sehingga sebati.
2. Biarkan sejuk seketika adunan coklat td kemudian barulah masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan coklat yang telah dicairkan tadi dan kemudian masukkan esen vanila.
3. Sementara menyediakan bahan2 kering pula, panggang kacang walnut sekejap dalam oven untuk rasa lebih rangup.
4. Kemudian masukkan baking powder dan garam ke dlm tepung serbaguna td dan kacau dengan sudu.
5. Apabila kacang walnut sudah sedia, masukkan kedalam adunan coklat td bersama coklat cip. Kacau. Kacang walnut jangan masukkan kesemuanya ke dalam adunan, simpan sikit untuk hiasan #tips brownies cantik
6. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama, agak2 dah bercampur kesemuanya boleh berhenti. #tips buat brownies sedap
7. Bakar ke dalam oven selama 45minit, suhu 165 darjah celcius.
Jangan lupa panaskan oven 15minit sebelum bakar.

Tips untuk brownies naik gebu dan sedap dimakan.
1. Gunakan mentega tanpa garam sebab kandungan garam tidak boleh dimasukkan ke dalam adunan basah..kalau tidak brownies akan bentat.
2. Gunakan bekas yang kering semasa penyediaan.
3. Jangan lupa lapikkan bekas bakar dengan kertas kek atau lapiskan dengan mentega dan tepung untuk mengelakkkan kek melekat pd permukaan bekas.

Sekian. Selamat mencuba!!!


note kat tgh2 tu dah lompong sebab masa masak tu byk kali cucuk ngan garpu nak confirm dah masak ke belum #tips