Sunday, May 25, 2014

WEDDING GUESTBOOK YANG CANTIK & MENARIK

Sejak belajar cara buat 'quilling', sy berjinak2 buat wedding guestbooks for my bestfren and my cousin.

Teknik Quilling rasanya takde la susah sangat nak buat, just kena be creative dengan corak yang nak dihasilkan.

Ni antara guestbook yang dah siap! Enjoice!!!


ni for my lovely bestfren Dila!!!

and this for my sweet cousin, achiq!!!

satu set guestbook dgn 2btg lovely pens!


yang ni sy punya, masa wedding aritu

set guestbook wedding i

Kalau sesiapa berminat nak buat guestbook yg mcm ni atau yg guna teknik 'quilling', boleh whatsapp @ contact ayu yer 0199722317.

♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥



Sunday, April 20, 2014

Our Akad Nikah, Wedding 22nd Mac 2014

Hari yang sangat bermakna untuk aku, permulaan hari dimana aku bukan lagi hidup seorang, ada lagi seorang yang aku perlu jaga makannya, pakainya, juga hatinya yang paling penting. Dialah suamiku....Mohd Sidek bin Ismail ♥

Perkenalan ku dengannya amatlah singkat, tidak sampai setahun kami mengenali antara satu sama lain, kemudian kami diikatkan sebagai suami dan isteri. Ya, Demi Allah aku sayang dia kerana-Nya.

Kisah pertemuan kami

May 2013, dia 'add friend' aku dalam laman sosial Wechat, aku mengenalinya sebagai kawan biasa, tidak pernah terlintas dihati untuk kenal dengan lebih dekat. Semua kawan2 ku dalam laman sosial ku anggap sebagai kawan biasa. Dalam hati, tak de yang special pun mamat ni.

June 2013, permulaan kami bertemu di kedai tempat ku bekerja. Yup, di Utama Kt...hehe dia datang sebagai pelanggan nak check mata kononnya mata ada problem. Tapi mata ok je, xde problem pun. Mula2 aku tak perasan pun dia, lama2 dia duk sengih2 aku macam cam je mukanya iras2 kwn chat aku. Masih ingat, pada hari tu, aku berpuasa sunat ke ganti eh...dan dia sanggup tunggu aku sampai ptg untuk belanja makan bukak puasa. thats the first time kami keluar bersama. sekejap je, pastu lepas makan, dia hantar kedai balik.

July 2014, Dia datang rumah jumpa mak ayah aku. Masa ni memang aku terkejut sebab dia sangat berani datang rumah jumpa ayah mintak izin ayah nak kawan dengan aku. Ayah dgn mak pun terkejut kot..hehehe

17 October 2013, Keluarga dia datang merisik dan meminang sekali, aku segan giler masa ni....sebab tak prepare langsung nak sarung cincin malu toksah cakap la..haish malu bila terkenang kembali hari pertunangan aku dgn suamiku..huhuhu

Akhirnya, pada 22 Mac 2014 kami diijabkabulkan sebagai suami isteri, aku sangat bersyukur pada Allah mempermudah segala urusan perkahwinan kami, juga aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup baik untuk aku. Aku rindu dia sangat2...

Sayang syg abang seadanya dunia akhirat. ♥♥♥

Saturday, March 1, 2014

Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus


Entri kali ni i nak share resepi puding karamel atau orang tua-tua panggil puding gula hangus. Puding ni memang favourite i dengan tunang i masa bulan puasa. Kalau pegi bazar ramadhan dgn dia, kuih yang paling wajib beli adalah puding ni.
Dia memang suka puding ni, sebab teksturnya yang lembut, manis-manis karamel tu sangat sesuai jadi pencuci mulut. Bak kata orang, memang marveles lah.

Tapi kalau kitorang beli, kadang2 ada jugak yang tekstur puding agak keras, mungkin sebab terlebih telur kot. Sebab tu kalau buat sendiri lagi puas hati, sedap hingga menjilat jari lah. Sebenarnya bahan2 yang diperlukan sikit je dan cara membuatnya pun sangat mudah.

Haritu masa tunang i balik kampung masa arwah pakcik dia meninggal, mak dia ada kirim lauk untuk budak2 rumah sewa i, i decide nak buat puding ni lah untuk balas bekas tupperware mak dia tu. Nak ambik hati mak mertua sekali la kan...hehe
okay, jom kita cekedaut bahan2 dan cara2 nak buat puding ni.

Bahan2 yang diperlukan

♥6 biji telur *pastikan grade A sebab besar dan puding jadi lebih banyak...hehe mesti nak banyak nanti tak cukup.
♥1 tin susu cair
♥1/2 cawan gula *kalau nak manis boleh tambah sikit lg, tapi xleh byk2 tau..xelok utk kesihatan tau..
♥sedikit esen vanilla


Cara2 membuatnya

1. Sediakan loyang saiz sederhana dan taburkan gula untuk dijadikan lapisan bawah karamel. Letakkan loyang diatas api sederhana, dan kacau gula sehingga cair dan kekuningan. Pastikan gula tidak hangit ye... ;)
2. Kemudian, masukkan telur, susu cair, gula, dan sedikit esen vanilla ke dalam blender dan blend sehingga semua sebati.
3. Panaskan air kukusan, bila air kukusan dah mendidih masukkan loyang karamel tadi ke dalam pengukus dan masukkan bahan2 yang diblend tadi ke atas karamel.
4. Tutup pengukus dan biarkan selama 30minit.
5. Kemudian, pastikan puding masak sepenuhnya dengan menggunakan hujung pisau dicucuk ke tengah bahagian puding. Jika terdapat baki puding yang melekat dihujung pisau, bermakna puding belum masak sepenuhnya lagi....
6. Jika tidak ada baki puding yg melekat bermakna puding kita dah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik seketika, kemudian telangkupkan loyang ke dalam pinggan dan masukkan dalam peti ais. puding ni kalau makan sejuk lagi marveles hokayyy!!!

Haritu, I buat puding ni bagi mak mertua i rasa kan, tunang i cakap mak dia puji, cakap sedap sangat pandai cik ayu buat...hehehe kembang kempis hidung tunang i sebab mak dia puji i masak...kikikiki

Almaklum la masa merisik haritu, mak i cakap kat mak dia, i ni tak pandai masak, hehehe takkan nak biarkan mak dia ingat i tak reti masak so i belajar la masak sikit2...hehe
Belum kawin mesti kena blajar okay anak2 dara yang xpernah pegi dapur tu hokayyyy...mesti kena belajar jugak, sebab nanti nak amik hati mak mertua senang..hehehehe


okay sayam2, selamat mencuba ye resipi senang sangat ni!
:D


ni haaaa...puding karamel i


Bahan2 yang diperlukan, telur, susu cair, gula, dan esen vanilla


gula yang dicairkan atas api sederhana @ KARAMEL



HASILNYAAAA.....TADAAAAA...
YUMMEH....MARVELES SANGAT HOKKAYYYY!!!!


Monday, February 10, 2014

Resepi Cekodok Pisang Ayu Original





Today, i nak bagi resepi cekodok pisang yang i reka tapi pasti sangat memuaskan. Sedap sangat. Tau tak kenapa i cakap sedap? Sebab rasanya yang manis2, lembut, dan rasa pisang yang asli.

Okay, resepi ni untuk 3-4 org makan ye, sekali makan je.
Kalau rasa nak buat makan pagi dan petang, boleh buat 2 adunan ye.

Bahan2

  1. Buah pisang dalam 5biji - saiz sederhana 
  2. 250g tepung gandum - pastikan anda guna tepung cap sauh ye, ni petua mak i bagi sebab katanya, kalau guna tepung murah contohnya tepung cap wau nanti tak lembut cekodok kte buat. Katanya lagi, kalau dah beli tepung cap wau ke 1 malaysia ke boleh buat roti canai..jangan membazir. 
  3. Susu pekat manis / krimer. - sesedap rasa
  4. Air masak - ikut hati je nak letak banyak mana, asalkan tak cair sangat ye, pandai2 je.
Cara2
  1. Mula2, korang potong buah pisang tu kecik2, jangan lenyek2 kan buah pisang tu, sebab kalau kita potong kecik2, nanti cekodok kita akan rasa 'chunk' buah pisang tu.
  2. Pastu masukkan tepung ke dalam potongan pisang kita tadi.
  3. Kemudian masukkan susu pekat manis, yang ni suka hati korang tau nak letak banyak mana tapi harus diingat manis makanan tak elok untuk kesihatan ye.
  4. Last skali masukkan air, dan kacau sebati kesemua bahan2 tersebut.
  5. Panaskan kuali, dan goreng ikut citarasa korang, nak buat petak ke, bulat2 ke, segitiga ke, semua boleh.
  6. Dah cukup garing, pastikan nampak kekuningan kehitaman sikit baru boleh angkat dan hidang.
  7. Jemput makan!!!! Komfem korang suka dgn resepi ni sebab cekodok korang lembut dan rasa pisang yang asli!
  8. Selamat Mencuba!!!!

p/s : I gantikan gula dengan susu pekat lagi bagus sebab tekstur cekodok lagi lembut dan manis2 sedap...hehe


Sunday, February 9, 2014

Change my job, change my status, change my life


Feb 2014, cukup 2 tahun 4 bulan saya berkhidmat as an optometrist @ UTAMA OPTOMETRIST.
Banyak perkara yg manis dan pahit sepanjang berbakti sebagai optom dan membantu masyarakat melihat dunia sejelas-jelasnya. yaaa, i've learnt a lot about people, relationship, love, friends, and the most things is the MONEY. 

Yup, money is the most thing that i learnt a lot...how to handle my money wisely. But till today, i'm still do not have permanent saving. Is it bad right? yaa, i earned a lot...my month salary is about 3K, but yet i still failed. 
i do not have many commitments actually, just every months i give money to my parents, sister, car, and credit card payments. that's all. yup, i'm still have to learn more in managing money in a correct way. 

LOVE, also I've learnt a lot...many of my friends got married this month.
By the way, i'm getting married this Mac.
Yes, i admit i love my fiancee very much.
His name is Mohd sidek bin ismail, he is an army, and currently working at
Tapah Perak.

We know each other less than a year, and decided to get married this Mac.
that's what people told about jodoh right?
We're getting engaged during Hari Raya Haji last year, at 17hb Oct 2013.

June 2013, the first time i met him at my working place, he came to get eye check up while actually his eyes is ok, nothing wrong with his vision, army u know, must have 100% perfect vision. 
he know me earlier actually in Wechat apps, and i'm not really interested in that.
but then, i just befriend with him like my other friends.

July 2013, Once again he got his holiday and coming back home. He came to my house met my parents and asking their permission to be friend with me.
Just to be friend with me.
If you a woman, and meet someone who wants to befriend with you and came to your house meet your parents and asking permission from them? what would you feel?
Honestly i feel that i've been very very respected.
he touched my heart that way.

Then he brought me to his home met his mother, very kind mother. I met his mother and seriously i'm shy enough (malu2 kucing)  haha...yup, i really dont know why i'm very shy when meeting his family.
Should be i je yang gedik kot?..hahaha

Time by time, i became close to him, everyday he calls me and we are chit chatting about past time, love, my ex, his ex, and the future.

August 2013, he once again got his holiday because his brother is getting married, and that's when he proposed me to be his wife, and you know what, i said yes!!!! hahaha
And yes, i'm crazy about him. very crazy. haha gilooo...

He told his family and they are planned to come for 'merisik' during hari raya Haji, that's when we're engaged.

I'm very grateful that my family also agreed and made things very simple, they planned my wedding this Mac.
My mother also 'tak banyak songeh' pasal duit hantaran.
I just asking 8K, 6 for belanja kahwin, and 2 for mahar.

Alhamdulillah everything goes very smooth and simple.
Less than 2 months i will become a wife for my husband and i pray to Allah semoga melancarkan segalanya.
My life will be changing after this and InsyaAllah i'm ready to change.

Also, i'm going to resign my job end of this month to move to Perak.
And i'm going to be a Bini Askar...hehehe
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




I ♥ u abg!

♥♥♥♡♡♡♥♥♥