ni cerita pasal Doralin sakit perut.
korang ingat tak pasal doralin? doralin adalah adik doraemon la.
pada suatu hari di malam minggu, doralin terpaksa meninggalkan keluarganya beserta doraemon untuk menamatkan pengajiannya dalam alat-alat ciptaan terbaru.
doraemon sangat sedih kerana doralin hanya sempat berjumpa keluarganya untuk satu hari sahaja.
walau bagaimanapun, pada malam tersebut, doralin menaiki bas (telecopter dah tak boleh guna sebab berat doralin dah naik, telecopter dah tak boleh tampung doralin lagi) so, kena naik bas la.
doralin naik bas untuk sampai ke tahun 2020, sebelum menaiki bas, doralin sempat makan char kuey teow masakan istimewa Kedai Depan Hospital.
char kuey teow yang doralin makan
semasa menikmati kenikmatan masakan tersebut, doralin bermonolog betapa sedapnya char kuey teow tersebut.
semasa berada di rumah, emak doralin mengajak doralin pergi makan kenduri, rasanya ada dua buah kenduri yang mereka ziarahi.
doralin makan nasi kenduri lagi.
nasi kenduri
malam tersebut, doralin menaiki bas tanpa membuang isi perutnya dahulu.
kemudian, lebih kurang pukul 5pg, doralin terjaga disebabkan perutnya buat hal...
lebih kurang setengah jam doralin menahan kesakitan yang amat.
tanpa peduli dengan semua anggapan penumpang lain, tanpa segan silu,
doralin menuju ke arah pemandu bas dan 'pakcik, boleh tak berhenti kejap kat mana-mana yang ada toilet, perut saya buat hal la, saya nak g toilet'...
alahai...doralin rasa macam semua darah dalam badan semua berkumpul kat muka doralin. dalam hati doralin berkata 'terpaksa2'...
sebelum bas memasuki terowong masa, bas berhenti di perhentian yang dipanggil perhentian PET-RON-AS.
dengan lajunya, doralin menuju ke arah toilet da lebih kurang 10min,
ops, terlupa nak cerita, sebelum doralin keluar ke toilet, dia terdengar salah seorang penumpang 'eyh, apasal stop kat sini? oo...ade org nak g toilet rupenye....alahai malunya doralin.
dengan muka toye (selamba), doralin naik bas buat-buat tak bersalah tanpa memandang penumpang yang semua memandangnya.
bas meneruskan perjalanan seperti biasa, dan doralin melelapkan mata kerana perutnya dah kembali pulih.
setelah sampai di destinasi, doralin menuju ke arah pemandu bas, dan ' terima kasih pakcik, tima kasih byk2 td' aish, kalau pakcik tak stop td, saya tak tau la ape jadi kat saya.
so, p/s: sebelum menaiki bas untuk perjalanan yang jauh, kosongkan perut anda 3jam sebelum menaiki bas. dan makan perlulah berpada-pada. jangan jadi macam Doralin.
nak kenal Doralin? ni dia!
Doralin dah tak sakit perut lagi!